Friday, July 31, 2009

CINTA DAN KEGILAAN INI UNTUK SIAPA?

Bismillahirrahmanirrahim…
Sambil dengar-dengar lagu Bidadari nyanyian Hijjaz ini….ana mula menyusun ayat..huhu..dh terlalu lama rasanya tidak menulis..terasa seperti teknik menulis makin menumpul.ish2..kena asah balik ni…insyaAllah..sesungguhnya idea..ilham dan jga bakat yg dimilki ini adalah anugerahNya..terjadi dgn izin-Nya..alhamdulillah, syukur ya Allah..untuk segalanya. Cuma satu pintaku ya Rabb…jadikanlah daku hambaMu yg selalu bersyukur….dan jadikanlah kehidupanku didunia ini bererti dan berguna buat umat disekelilingku.amiin

Erm….sambil menaip..ana pandang lama pada laptop yang separuh senget..hampir patah. Huhu…sedihnye..adik ana la buat. Tapi nak buat mcm mana…dah mmg tertulis nak jadi mcm ni. Dek kerana hal ini….lama ana termenung panjang mencuba untuk bermuhasabah diri.

Semakin lama berfikir..dan berfikir..dan berfikir..ana tiba-tiba boleh membuat satu kesimpulan berdasarkan apa yg selalu ana lalui. Setiap kehidupan yang dilalui..setiap jalan hidup yang ditempuhi..ada pengajaran dan ilmu yang Dia ingin mendidik kita. Ya ..itulah yg dapat ana simpulkan!!!

Seringkali ana sedar…selalunya..apa sahaja perkara@ benda@ sesuatu yang sangat-sangat kita sayang dan jaga ia lebih-lebih…pastilah benda atau sesuatu itu akan luput ataupun ada akibatnya. Faham x?? hehe…maksudnya mcm ni…(ini adalah dari pengalaman hidup ana sendiri..juga apa yng ana perhatikan dlm kehidupan org2 disekeliing an..jiran2 dan kwn..)

Cth pertama: Dlm beribu-ribu peristiwa yg ana alami..cth terdekat adalah kisah ana dan laptop ana. Semasa membelinya dulu..ana mmg tersangat sayang ..dan jaga giler-giler laptop ni. Asal berhabuk sikit ana gilap biar jernih screen nya, bila nk tutup n buka, ana buka dgn berhati-hati. Bila adik nk guna..ana warning bnyk kali jaga elok2. Pendek kata mmg syg giler la dgn laptop ni. Tapi..dlm dok jaga giler-giler tu…beberapa kali juga laptop ana diserang virus dan 3 kali juga segala isi penting dan folder2 ana hilang begitu sja kerana diserang virus. Malah banyak kali juga laptop ni bermasalah demi bermasalah….pernah tercabut disitu..disini..semuanya krn adik yg buat. Dan baru2 ni….ia terkopak dgn besarnya….:-( wawa…mmg sedih…ok, itu kes ana…

Berbeza pula dgn kes kawan ana ni……Ana selalu perhatikan dia ni mmg kurang jaga barang. Laptop dia screen tu kdg2 berabuk sampai kelabu..bila sapu habuk tu mmg tebal 10 inci. Dia juga tak kisah nk letak laptop dia tu mana-mana..kira ,mcm tak jaga laptop tu mcm yg ana buat pd laptop ana. Seringkali juga ana tegur dia..supaya jaga elok2 laptop tu..tapi dia relax jer. Huhu..dan hingga saat ini..laptop dia ok-ok jer..walau dia xjaga giler-giler..treat elok2..tapi laptop tu tak pernah la pulak patah atau senget mcm laptop ana.

Itu contoh pertama.
Cth kedua: Ana ada 2 org sepupu yang punya perangai berbeza. Kedua-duanya lelaki…seorg tu pengemas…jaga barang..n barang yg paling dia sayang adalah kereta. Kira lebih syg kereta dari bini rasanya. Sanggup habis puluhan ribu demi nk cantikkan kereta dan mcm2 lagi. Org nk pinjm kereta dia punyalah kedekut..n takde org pun berani nk pinjam sebab takut calar. Tapi..dalam dia dok jaga2 tu….selalu juga keta dia accident dan beberapa kali hantar baiki dek kerana mcm2 prob. Lastly kereta itu telah dijual.

Yang seorng lagi..jenis yang tak kisah. Kereta tak cuci sebulan pun takpe…dlm keta pun bersepah-sepah. Mmg dia xminat dn tak berapa nk jaga kereta tu sgt..tapi selama dia dok bawa..sampai la saat ini….semuanya ok dan baik dengan keadaan kereta dia.

Nak contoh lain?? Jiran ana..kisah menjaga anak-anak. Ada seorg tu sgt menjaga anaknya..itu tak boleh..ini tak boleh..sgt2 risau dn bimbangkan anaknya. Kira syg giler2 dn terlalu menjaga. Dan ..seorg lagi tak kisah sgt..anaknya main di taman..main kat mana2 pun takpe..dia lepas je. Katanya nk biar ank dia belajar berdikari n pndai bergaul. Dan…baru2 ni anak jiran yang sgt menjaga anaknya tu sakit..masuk hospital. Even da jaga dn beri layanan terbaik….tapi kalau nk sakit tu..Allah jualah yg menentukan. Tapi..jiran yg sorng lagi jenis tak kisah pada anak2 dia..kalau org tgk nmpak mcm dia tak ambil berat hal anak-anak dia..tapi anak-anak dia ok jer..sihat walafiat dan takde apa-apa masalah……

Sebenarnya banyak lagi yg ana nampak dan sering juga berlaku dlm hidup ana
. "PERKARA YANg pAling KITA SAYANG ..PALING GILA GILAKAn atau PALING KITA JAGA…selalunya perkara itulah yang akan diambil Allah dari kita. Ana bukan membuat satu kesimpulan..Cuma sekadar renungan utk ana dn juga semua yg lain.

Disini ana faham satu perkara…KITA TIDAK BOLEH TERLALU TAKSUB DAN TERLALU GHAIRAH dengan sesuatu pekara melebihi taksub dan gairah kita kpd Allah. Jangan lebih ingat pada yang lain lebih dari INGAT kita kepadaNya.
Kita sayangkan anak…sayangkan harta..sayangkan kereta..laptop..sayangkan keluarga atau apa juga yg kita sayang…….jangan sampai rasa sayang itu melebihi sayang dan CINTa kita kepada-Nya…….sesuai dgn kisah Rabiatul Adawiyah bersama seorang wali Allah.

Pada suatu hari, ada seorang wali Allah datang merungut-rungut tentang hal-hal dunia kepada Rabiatul Adawiyah. Lalu Rabiatul Adawiyah menjawab, “Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia..kerana orang yang sering bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut..”

Itulah pengajaran terbaik yang ana dapat sampaikan buat diri ana. Selepas ini..ana tidak mahu terlalu taksub dan cintakan sesuatu itu melebih-lebih. Biarlah seadanya. Nak suka tu boleh...cumanya, jangan terlalu taksub sangat. Sebab, sepatutnya kegilaan dan cinta yg ada ini haruslah kepada Allah. Allahu akhbar!!!
“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami….” Al ‘Imran 3:147



Wednesday, June 24, 2009

Sebuah sajak...untuk..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amien…

Monday, June 22, 2009

Saya Saaaayang Ayah!!!


Bismillahirrahmanirrahim…

SELAMAT HARI BAPA AYAH………..akak sayang Ayah!!! Kalimah itu kuucap perlahan didalam diri ketika ber KBM di Sekolah Bandar Banting Sabtu dan Ahad baru-baru ni. Sewaktu hari ayah kali ini, ana tidak dapat berada disisi ayah untuk meraikannya bersama. Tetapi, ana ada menyiapkan hadiah teristimewa untuk ayah..moga-moga hadiah itu akan terlaksana…amiin.

Hurm….terkadang jika duduk bersendirian sambil melayan perasaan, ada perasaan sebak yang bertakung tatkala mengenang insan bergelar ayah. Ditambah lagi saat mendengar bait lagu adik Aeman yang bertajuk ayah..

”Ketika berjauhan, masih kurasa, hangat kasihmu ayah.
Betapa kurindukan, redup wajahmu, hadir menemaniku.
Terbayang ketenangan, yang selalu kau pamerkan..
Bagaikan tiada…keresahan.
Walau hatimu sering terluka..tika diriku terlanjur kata..
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diri ku kehampaan
Kau sedia mengajarku erti kekuatan..”

Airmata ini tidak dapat ditampung-tampung tatkala mendengar bait lagu ini. Ditambah lagi dengan bayangan wajah ayah yang sedang tersenyum manis,…aduh….hatiku memainkan rinduu yang teramat buat ayah. Terkadang ana gagal menunjukkan sayang yg teramat buat ayah. Lebih banyak ana menunjukkan rasa sayang ini kepada emak..krn emak lebih senang dipeluk..emak lebih senang duduk-duduk disebelah ana sambil mendengar bicara ana..atau aduan ana. Tetapi..meski ayah tidak berbuat begitu seperti emak……..kutahu kasih sayang ayah selalu menggunung untukku dan adik2.

Ketika kecil, ayah sering memelukku, menggendongku..serta mendukungku. Namun..tatkala diri ini semakin menginjak dewasa…ana merasa malu untuk memeluk ayah. Tak dapat dilupakan, saat terindah dalam hidup ini apabila memeluk ayah ketika ana sudah menjadi seorang dewasa. Iaitu ketika konvokesyen ana. Selepas keluar dari dewan konvokesyen….ketika itu ana tercari- cari wajah emak dan ayah. Dan…sebaik terpandangkan wajah mereka..terasa airmata tanpa tersedari mengalir perlahan. Wajah emak dan ayah terpancar bercahaya-cahaya. Kegembiraan emak dan ayah bukan kepalang. Saat itu adalah saat yg paling membahagiakan..kerana ana dapat membuat emak dan ayah bahagia..ana dpt melihat senyuman bahagia yg terpamer diwajah mereka. SUbhanallah……..aku rindukan saat itu Ya Allah. Terima kasih kerana mengukirkn senyuman kebahagiaan itu diwajah emak dan ayah.
Dan…ketika itulah ana berlari memeluk emak..juga memeluk ayah dengan erat. Kelihatan ayah juga terkejut dgn aksiku..dan ayah tersenyum bangga.

Oh Tuhan..aku rindukan saat itu!!

Mengenang seorang ibu ternyata lebih lebih mudah dari mengenang bakti dan jasa seorang ayah. Banyak puisi atau gurindam yang Melayu yang sering bercakap tentang wanita bergelar Ibu, tetapi antara sedar atau tidak, balada seorang lelai bergelar AYAH mungkin kurang tercanai.

Berbanding wanita bergelar ibu, entah kenapa nama ayah jarang berlagu dibibir, meski pun sentiasa hidup di teratak jiwa! Kenapa agaknya?
Mungkin kerana ketegasan ayah tidak mampu membatasi kelembutan Sang Ibu, atau syurga yang bergentayangan di kaki ibu melebihi ukuran kasih sayang insan. Itulah hakikat…..atau mungkin juga sifat lelaki itu secara natural yang menolak sesuatu bersifat sentimental. Tidak mengapa kasih sayang padanya tidak dilaungkan, asalkan dihati ia teguh bersemi. Sesungguhnya walau tidak banyak dimadah gurindam, seorang bapa kekal sebagai “WIRA” paling berkuasa di hati seorang anak.

Bapa satu anugerah tidak ternilai buat seorang anak. Dia permulaan sebuah kehidupan, dialah juga penjaga yang menjadi kekuatan sebuah keluarga. Tanpanya…si anak berdiri tanpa pegangan, IBARAT KAPAL YANG KEHILANGAN NAKHODA

Ayah..abah..Abi….masing-masing punya pilihan untuk menggelarnya. Dihati semua, selain ibu, bapalah insan utama, kemuncak murni kemuliaan Insan. Pengorbanan mereka tiada terhingga, bakti mereka tidak terhapus walaupun nun jauh di perbatasan bumi.

Ayah………akak sayang ayah!!!

Kutahu…ayah juga tahu bahawa aku sangat sayangkan ayah. Tak dapat ku bayangkn hidupku ayah, tanpa engkau disisi. Moga Allah selalu melindugi ayah dalam rahmat AgungNya..serta selalu menjaga dan melindungi ayah dari segala bahaya dan bencana.

Ya Allah, izinkan daku berbakti sepenuhnya kepada ibu dan ayah..yg selalu memberikan seluruh kehidupan mereka untukku. Izinkan daku memberikan sepenuh kasih sayang dan pengorbananku buat mereka…Amin.



Tuesday, June 16, 2009

TUHAN...LURUSKAN HATIKU (smbgn hati sebening air)

TUHAN…LURUSKAN HATIKU

Susah sungguh hendak meluruskan hati
Berubah sahaja situasiDia pun berubah pula
Susah sungguh hendak dicorakkan

Didalam satu warna
Warna hati sentiasa berubah
Dia tidak mahu istiqamah
Mudah sahaja tergugat oleh suasana

Apabila mendapat ujian kesusahan
Dia mulai gelisah..
Jika ditambah lagi ujian..jiwa bertambah parah

Manakala mendapat kesenangan
Bunganya bertambah merah dan cerah
Dia terlonta-lonta kegembiraan
Lupa daratan….dia terasa dirinya istimewa
Orang lain semuanya malang!!

Tuhan…luruskan hatiku…
Didalam sebarang situasi
Diwaktu susah dan senang…
Dimasa sempit dan lapang.
Engkau jadikanlah hatiku..
Didalam sebarang waktu..
TIDAK CACAT DENGAN-MU.
amiin

Monday, June 15, 2009

HATI KU YANG SEBENING AIR

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur!!! Alhamdulillah…!!

2 patah perkataan sudah cukup menggambarkan isi hati ana yg teramat cinta dan rindu pada-Nya.

Entah mengapa…sudah lama rasanya ana tidak merasakan “Cinta” Nya…cinta yang selalu hangat dalam hati ini..cinta yang selalu berdegup kencang tatkala mengingati-Nya.

Sejak akhir-akhir ini ana terasa sedikit jauh dari-Nya….kenapa? mengapa??? Dimana silapnya…????

Lama ana memarahi diri..cuba bermuhasabah dan memujuk nafsu yg semakin liar ini. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Sehingga untuk berdoa juga terasa kaku..untuk berbicara dengan-Nya terasa kekok? Kenapa…………!!! Ana memarahi diri yang semakin “lupa diri”. Lupa peranan diri ini disisi Allah Yang maha Agung.

Mungkin kerana sejak akhir2 ini terlalu banyak masalah yang datang bersusun-susun. Semuanya berkumpul menjadi SATU. Kebetulan ana punya sekeping hati..hati itulah yg sering gusar memikirkan semua permasalahan-permasalahan yang timbul. Hati yang tidak mahu tenang tatkala diuji Allah untuk kesekian kalinya. Ya..hati yang sebening air….tatkala ia diusik sedikit, kocakannya terus merubah corak.

Siang, malam, petang…setiap saat dan detik ana memikirkan masalah-masalah yang dihadapi. Satu persatu bermain di ruang mata…sehingga terkadang ana terpaku lama memikirkan sambil mencari2 jawapan penyelesaian. Ana cuba berusaha utk keluar dari masalah……..tapi ana lupa utk meminta pertolonganNya….! Ana mahu menyelesaikan masalah ini dgn sendirinya, hingga terlupa utk mengadu segalaNya pada Dia Yang Maha Mendengar. Astaghfirullah hal adzim…….

Sehinggalah baru hari ini ana seolah TERKEJUT dari LENA yang panjang!! Akhirnya ana menemui jawapan yg ana tercari-cari selama ini. Punca ana menjadi sebegini jauh dariNya….sebab utama yang membuatkan ana semakin resah dan tidak tenang. Akhirnya Dia menegur ana..mentarbiyah ana untuk kesekian kalinya. SUbhanallah………Dia masih cinta dan sayang pada ku…

Tiba-tiba ana terbaca satu ayat yg rasanya ditujukan khas untuk ana..teguran direct dari-Nya untukku “Jika kamu letakkan hatimu diakhirat, pasti kamu akan bahagia didunia dalam reda. Tetapi, jika kamu letakkn jiwa mu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yg tidak berkesudahan"
Subhanallah…..ana terkesima! Iya…inilah puncanya. Inilah sebabnya. Ana menganguk2 kan kepala sambil bersetuju dgn ayat azimat tersebut.
Selama ini ana menjadi begitu resah kerana terlalu memikirkan masalah-masalah dunia yang tiada berkesudahannya. Seolah terlalu cinta pada fatamorgana duniawi ini…akhirnya ana jatuh rebah dengan ujian ini tatkala begitu tamak pada keseronokan duniawi..hingga ana mengabaikan urusan akhirat yg lebih penting. Bila hati terlalu cinta kpd dunia…maka segala yg dimilki takkan pernah terasa puas.

Ana akhirnya tertunduk lesu memndang lantai. Iya..sejak akhir2 ini ana terlalu banyak susah hati memikirkn urusan2 dunia..memikirkan harta2 dunia yang kesenangannya hanya sementara cuma. Lupa pula pada doa yang selalu dibaca.."Ya Allah..letaklah dunia itu ditanganku, bukan dihatiku..agar aku bisa melepaskannya bila-bila pun saatnya..”.

Jika kita mencintai akhirat..nescaya hidup didunia ini terasa senang dan nikmat. Segala kesusahan yg dihadapi terasa mudah…terasa tidak ada apa-apanya. Kerana kesusahan didunia ini hanya sementara , tetapi kesusahan diakhirat, tiada berkesudahan. MasyaAllah…………..

Terima Kasih ya Allah…….syukur Alhamdulillah ya Allah..akhirnya aku mendapat kembali kekuatan cinta ini. Akhirnya kurasakan kembali nadi cinta ini buat-Mu…Ya Allah, pimpinlah daku yg kelelahan ini…..biar bertatih dalam kepayahan, izinkan daku melangkah menuju ke syurgaMu. Meski terkadang aku jatuh dan bangun dan perjalanan ini…..tolong pimpin daku Ya Allah..tunjuki jalan-jalannya agar aku tidak akan tersalah langkah.


YA RABBI….HIDUPKANLAH HATI INI MA’RIFAT PADA-MU, DAN MATIKANLAH HATI INI SYAHID DI JALAN-MU..amiin

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur” – Al Nahl 16:78

Tuesday, June 9, 2009

Izinkan aku mencintai-Mu semampu ku

Tuhanku...Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustadz kuresapi
Tentang cinta para nabi, Tentang kasih para sahabat, Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada..

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan
Tapi Rabbi...Berbilang detik, menit, jam, hari, bulan, dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama
Tapi...Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu

Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang, Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan

Wahai Ilahi...Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, bulan, dan tahun berlalu
Aku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon, dan mengibaMu,
"Allahu Rahim, Ilahi Rabbi...
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku

Allahu Rahman, Ilahi Rabii..
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku

Ilahi...Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Karena itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadkuAtas sakit dan ketakutanku

Rabbi...Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DinMu
Atau seperti Ali KarramallahuWajha yang hebat semangat kepahlawanannya
Maka Ya Allah...Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan Ilahi...

Aku tak mampu mencintaiMu dengan khusyuknya shalat
salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Karena itu Ya Allah...Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam shalat yang coba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia

Rabbi...Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMuDalam desah nafas kepasrahan tidurku

Ya Maha Rahman...Aku tak mampu mencintai
MuBagai para al-hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu...Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat-dua ayat hafalanku

Ya Rahim...Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DinMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru

Allahu Karim...Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMuDi dalam segalanya ............
Izinkan aku mencintaiMu...........
=============================================================

Saturday, May 30, 2009

UJIAN ITU TEMAN BAIKKU..

Tertawalah pd segala CUBAAN, kerana DUNIA ini hanya KOSONG belaka. Sesungguhnya DUNIA itu NEGERI PERANTAUAN…dan bukan negeri KETETAPAN. ADAM a.s diturunkan dari SYURGA ke DUNIA kerana SEKSAAN, maka takutilah DUNIA itu (Hasan Basri)
“Dunia ini untuk kegembiraan. Akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan dan derita. Dunia adalah jambatan yang tidak kekal untuk dilalui ke negeri yang baqa”- Imam Al Shafie

Bismillahirrahmanirrahim....

Ada seseorang memberitahu kepada ana….
"hidup saya selalu sedih…selalu bahagia itu sekejap je..”
“Kenapa hidup ini sering tidak adil??”
“Kenapa saya selalu je banyak masalah..tak macam orang lain..??”
“Saya tak bahagia macam org lain…!!”

Hurm,..itulah contoh2 persoalan yg sering bermain dalam fikiran seseorang tatkala diuji Allah dgn ujian demi ujian yg menyakitkan…terkadang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit..terkadang penuh dgn darah dan airmata……dan kadang kala ia sungguh melelahkan…!!

Namun…Satu ayat CINTA yg diungkapkan dari-Nya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jadi…mengapa kita tidak bisa merasa bersyukur atas ujianNya? Itukan tanda Dia sayang dan kasih kepada kita. Sebenarnya…terlalu banyak nikmat dn kegembiraan yg Allah anugerahkan kepada kita. Dan…sedikit sekali kita berterima kasih dan bersyukur padaNya…

Tetapi..sedikit sahaja diuji..kita terus melenting dan mengingat terus akan peristiwa sedih itu. Bila ditanya….”senaraikan perkara yg paling bahagia dalam hidup awak…hurm….mesti kita ambil masa yg lama untuk memikirkn dan menyenaraikannya, malah mungkin juga terlalu banyak hingga kita tak mampu mengingatnya.

Tetapi…bila diminta menyenaraikan perkara sedih yg dialami dalam hidup, laju je otak ni memutar memori silam..laju je kita menyenaraikan sejarah2 luka yang mencalari hati…
Ini bermakna…luka sedih itu sedikit sahaja..krn itu kita bisa mengingatnya dgn baik….sedangkan terlalu banyak hidup ini menganugerahkan senyuman kepada kita.

Berapa kali anda tersenyum? Berapa kali anda tertawa?? Tidak terkira banyak kan???

Nah…itukan tanda betapa kita sudah terlalu bahagia dgn hidup kita. Namun…kita jarang sekali bersyukur atas nimat bahagia itu! Kita tidak merasakn ianya SEBUAH NIKMAT krn kita merasakan ia mmg MILIK kita. Tetapi….tanpa tersedari, kebahagiaan itu DATANG DARI ALLAH…dan Dia juga bila-bila pun berhak MENARIK NIKMAT BAHAGIA itu.

Hidup ini adalah gabungan BAHAGIA dan DUKA. Kita pasti akan merasakan kedua2 perasaan ini. Cuma yg membezakan kita adalah..bagaimana cara kita berhadapan dgn ujian dn dugaan tersebut. Bagaimana kita memandang ujian itu dari sudut yg positif. Jangan dinilai org yg lebih baik hidupnya..kelak kita akan menjadi HAMBA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR!!

Jangan menilai seseorang yg kamu tidak tahu sejarah hidupnya…meski dia sering tersenyum dan sering berbahagia..jangan kita menilai.
”OH..DIA BERBAHAGIA DGN HIDUPNYA..
Oh..DIA TIADA MASALAH MCM AKU..”

Soalannya…MANA KAMU TAHU……???”

Disini ana nk share satu kisah benar yg dialami oleh kakak angkat ana yg merupakan seorang guru kaunseling di sebuah sekolah menengah. Berat dugaan menjadi seorng guru kaunseling..hari2 berhadapan dgn kerenah pelajar yg kurang adab..pelajar2 bermasalah….dan suatu hari terjadi dialog yg sgt berkesan antara guru ni dgn seorang pelajar lelaki yg bermasalah.

Apabila pelajar lelaki tu masuk…Kak A (kakak angkat ana merangkap guru kaunseling) menasihati pelajar itu..begitu..begini..byk la nasihatnya. Tiba-tiba..pelajar itu menjawab dgn kasar..

“Cikgu ni senang la cakap sebab hidup cikgu senang..tak banyak masalah mcm saya. Mak ayah saya bercerai…saya adik beradik hidup tunggang langgang…ayah saya tak pernah jenguk kami, hilang entah kemana..cikgu tak tahu apa yg saya rasa, Cikgu hidup dah lengkap, ada keluarga, ada anak2..ada rumah dn kereta.semua cikgu ada..Cikgu tak tahu apa yg saya alami…!!”

Bentak pelajar itu dgn marahnya. Dia terasa hidup ini terlalu tidak ADIL padanya. Katanya dia berhak menjadi begitu atas segala masalah dn kesusahan yg dihadapinya. Baginya…dia berhak utk menjadi jahat krn dunia ini yg memilih dia utk menjadi seperti itu.
Dengan perlahan guru kaunseling nya itu menjawab lembut.

“Apa yang awak tahu tentang apa yg telah saya lalui? Apa yg awak nampak tak semestinya itulah realitinya. Awak tak tahu..saya sudah bercerai dgn suami saya. Anak2 saya seramai 5 orang terkontang kanting tiada ayah. Setiap hari anak bongsu saya yg berusia 3 tahun tanyakan ayahnya. Saya tak tahu nak jawab mcm mana. Saya seorng diri membesarkan anak-anak..saya seorg diri yg membayar rumah….tanggung perbelanjaan anak2…Awak tak tahu apa yg saya alami…awak juga tak tahu betapa banyak ujian yg Allah bagi pada saya…” cerita guru kaunseling sambil memandang tepat ke mata pelajar lelaki bermasalah tadi.

Terkebil-kebil matanya memandang muka guru kaunseling. Ada riak simpati yg menggunung diwajahnya. Ternyata…selama ini dia menyangka gurunya itu hidup senang lenang..dan tiada masalah apa2…dilihatnya guru itu sring tersenyum tenang..seolah-olah tiada apa-apa yg merunsgingkan pemikirannya. Kerana itu dia menyangka guru itu sedang berbahagia dengan hidupnya.

“Awak tak boleh salahkan hidup ini..awak tak boleh salahkan semua org disekeliling awak atas apa yg terjadi. Bukan awak seorang yg hidup susah..bukan awak seorang yg diuji dgn ujian2 berat seperti itu. Semua org ada ujian dan kesusahan masing2..krn itu mmg syarat dari Allah…DIa nk uji dan lihat, dlm semua hamba-hambaNya ini..mana yg benar beriman..mana yg berdusta….Kalau krn ujian dn kesusahan itu kita jadi jahat…kita nak pilih jalan yg salah..itu mmg salah kita sendiri!! Awak kena ingt…susah mcm manapun..jika kita bertawakkal pd Allah, jika kita benar2 berusaha,,,Allah pasti beri jalan keluarnya. ………”

Panjang nasihat guru itu kpd pelajar lelaki tersebut..hingga akhirnya mengalir perlahan-lahan air jernih dari kelopak mata pelajar tersebut. Perlahan-lahan dia menangis teresak dihadapan gurunya itu. TErnyata……….kesusahan itu bukan hanya untuknya. Ada yg lebih menderita darinya….!!

Percayalah…KEBAHAGIAAN sebenar seseorng itu ialah apabila DIA BERSYUKUR DENGAN APA JUA YG TELAH ALLAH TAQDIRKAN UNTUKNYA!!!! Disitu letaknya BAHAGIA………
Bagaimana mahu mendapatkan hati yg SELALU BERSYUKUR???

Kita perlukan IMAN utk itu…krn IMAN yg bisa menyuluh dan mebimbing kita je jalan bahagia. Walau kita punya harta seluas bumi…takkan pernah juga kita merasai erti bahagia andai kita masih belum benar2 kenal makna BAHAGIA. Andai kita masih belum kenal dgn YANG MEMBERI NIKMAT BAHAGIA itu.
Kenallah Allah…nescaya kau akan tahu MAKNA BAHAGIA…!!

"Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka

Friday, May 22, 2009

KENAPA TAKUT MENYTAKN YG BENAR?

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT
“Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun, pandangan mata, hayunan kedua belah tangn, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah” – Khalifah Ali bin Abi talib

Bismillahirrahmanirrahim………
“Berkatalah benar walaupun pahit,,,” Ya…itulah prinsip yang ana pegang selama ini. Berkatakah benar, meskipun perkara itu terlalu pahit untuk diungkapkan..dan bersedialah untuk mendengar sebuah kebenaran meskipun perkara itu bisa melukakan hati kita….

Ana selalu percaya..yg namanya kebenaran itu tetap juga akan terserlah, tetap akan terbukti juga. Kerana KEBENARAN tetap sebuah KEBENARAN! Meksi kita mencuba untuk menipu, mereka-reka cerita baru, merangka plot dan jalan cerita yg lebih baik…tetapi yg namanya KEBENARAN itu tetaplah akan menjelmakan dirinya..cume bezanya itu ialah LAMBAT ataupun CEPAT. The truth is out there…!!!

Kerana itulah ana selalu berkata pada diri…untuk sealu berkata benar meskipun ia adalah pahit. Jangan takut untuk berkata benar meskipun dengan berkata benar itu anda akan dimarahi, meski dengan berkata benar itu anda akan dibenci, atau dengan berkata benar itu anda akan dicemuh…! Berkatalah benar…..kerana ia pasti akan menyelamatkan anda didunia dan juga diakhirat. Terkadang ana selalu merasa beryukur..kerana punya satu sikap yg tidak pandai berbohong. Apa yg ana rasa..apa yg ana tahu..dan apa yg benar2 terjadi..ana tidak pandai untuk menipu atau mereka2 cerita utk itu. Biarpun terpaksa mengakui kesalahan sendiri…itu juga tetap ana lakukan kerana menurut ana., tiada salahnya menyatakan sebuah kebenaran.
Banyak perkara yg membuatkan ana merasa agak rimas..agak sedih.agak kecewa bila bercakap mengenai KEBENARAN! Kerana ramai sekali yg takut utk menyatakan sebuah kebenaran. Terkadang takut dgn bos yg pangkatnya lebih besar…jadi hanya mendiamkan diri bila bosnya salah. Terkadang takut dipotong markah oleh lecturer, lalu terpaksa berbohong itu dan ini, malah sanggup pula berbohong dengan ibu dan ayah demi menyelamatkan diri….huhu,,,itulah mulut yg sering berani utk berdusta. Kerana itulah di padang masyar kelak, Allah membisukan mulut manusia dari berkata2. Yang bersaksi itu adalah tangan, kaki dan anggota yg lain. Kerana apa??? Kerna MULUT manusia ini memang berani2 nya menipu dan berdusta..walaupun saat itu sedang berhadapan dengan Allah s.w.t.

Teringt ana pada sebuah peristiwa lama di university…kisah yg ana alami dlm episode ‘MENYATAKN SEBUAH KEBENARAN”. Peristiwa ini mmbuatkan ana tersenyum sendirian…dan dari situ juga ana menguatkan prinsip ana…janganlah mengucapkan kata2 yg berdusta walaupun sedikit..kerana melalui yg sedikit itulah ia akan terus memerangkap kita untuk terus melakukan dusta yang berikutnya. Dan kita akan terus menipu..dn menipu sehinggalah kita merasakan..TIADA RASA BERSALAH APABILA MENIPU..huhu..(itu mmg udah ditahap bahaya!!)

Kisah bermula pada suatu pagi yang hening di sebuah university yg bernama Uitm, Faculty Of Architecture and Surveying. Pagi tu ana tidak hadir kelas Project Management yg diajar oleh seorng lecturer wanita yang bergelar Dr.H( identity dirahsiakan). Ana tidk hadir ke kelas pagi tersebut kerana menyiapkan assignment Construction Technology yg perlu di submit pada hari itu. Jadi….utk kelas berikutnya, Law Construction yg bakal bermula pukul 10:30am…ana datang awal dan tunggu di luar kelas. Waktu itu Dr.H masih berada didlam kelas ana. Ketika masa mengajar tamat, ana berdiri agak jauh dari kelas supaya tidak bertembung dgn Dr,H dan supaya tidak perlu bersoal jawab dgnnya kenapa tidak hadir ke kelasnya? Lalu ana berdiri dihujung balkoni sambil menundukkan pandangan. (niat dihati nk sorok muka spy Dr.H tak perasan akan ana)

Nak dijadikan cerita, lalulah Dr.H disebelah ana…mula2 dia tak Nampak..tapi entah mcam mana tatkala melintasi ana dalam 10 langkah…dia berpatah balik. Ana yg ketika itu tak sempat nk melarikan pandangan..terkejut apabila bertentang mata dgnnya.

“Alamak….habislah!!!”, bisik hatiku gusar. Dr.H mmg terkenal dgn sikapnya yg mmg “KEcoh” and “clumsy”.

“Ha!!Halawati…kenapa awak ni menyorok2 dari saya? Bila saya lalu awak palingkan muka mengadap lain…kelas tadi kenapa tak datang”, sergah Dr.H tiba-tiba.

Ana tersenyum sambil memandang mukanya. “Maaf Dr.H..saya tak sengaja”, hanya itu jawabku perlahan. Sambil berlalu pergi mulut Dr.H tak habis-habis membebel dan memarahiku kerana kes “Memalingkan wajah” itu. Katanya seoalah-olah ana tidak hormat padanya.

“Ish2….dia ni main salah sangka je.Dah org tak dtg, mesti la takut nk ngadap muka lecturer..bukan sbb nak palingkn wajah sesuka hati,” rungutku dlm hati.

Ana pun send la message kat dia petang tu…minta maaf tentang kejadian pagi tadi. Ana jelaskan ttg bukan sengaja ana palingkn muka tu..tapi sebab ana takut..kerna tak dtg kelas dia pagi tadi. Jadi ana soroklah muka..bukan sebab atau niat lain.

Ok..tamat sampai situ..ana fikir semuanya dah ok sebab ana dah jelaskan semua salah faham yg terjadi, ana juga dah minta maaf padanya. Tapi dia xreply apa2 pun…dlm hati ana fikir..”mungkin dia dah ok”.

Esoknya..sekitar pukul 11:30am…kelas Dr.H lagi. Pada awalnya dia mengjar sprt biasa..hinggalah waktu hampir2 tamat kelas..tiba2 dia bersuara….

“ha…saya ada sesuatu yg nk cakap ni. Saya cakap ni nak nasihat semua…supaya tak buat perkara yg sama mcm yg Halawati buat semalam..”, katanya tiba-tiba yg mmbuatkan ana yg ketika itu sedang menyusun buku kedalam beg tersentak hebat. Laju ana pandang wajahnya yg berdiri didepan kelas tu. Ketika itu semua mata kawan2 memandang ana penuh tanda tanya.

“La..dia ni kenapa pula….”, berkerut2 kening ana kepelikan.

Halawati..tindakan awak smlm buat saya kecil hati tau. Bila saya lalu, awk palingkn muka..itu tak sopan namanya. Mana perginya budi bahasa awak. Tak baik awak buat mcm tu…”, bla..bla..bla..panjang sekali syarahannya didepan itu mengkritik sikapku semalam di hadapan kawan2 ku yg seramai 27 org.

Ana terkesima seketika. “Ya Allah…semalam kan ana dah jelaskan tentang salah faham ni pd dia. Ana pun dh minta maaf mengenai perkara itu. 2 kali ana send msg pada dia minta maaf. Kan itu hanya slh faham..niat ana bukan nk palingkn muka, tapi kerana ana rasa bersalah tak hadir kekelasnya..sbb tu anak menyorok”.

Ternyata….hari ini dia masih tak melupakan hal itu..malah memburukkan2 ana didepan semua kawan2. Lama la juga dia membebel-bebel didepan kelas. Ketika itu ana dapat merasakan betapa panasnya telinga ini mendengar segala kata2nya. Ramai juga kawan2 sekelas yg bersimpati pd ana. Mereka bukan tak kenal dgn Dr.H tu..dia mmg mcm tu. Semua org tahu perangainya….ketika itu ana hnya menunduk diam dn terasa begitu sakit hati dgn sikapnya itu. Udahlah salah faham..pastu memburukk2n ana didepan semua kawan2…tak beretika langsung ,,(marah ana dlm hati).

Slps habis berceloteh..Dr.H pun keluar. “Ok..saya bagitahu semua tadi supaya jadikan pengajaran. Jangan buat mcm yg halawati buat tu pd saya…belajar hormati lecturer awak..” kata2 akhirnya yg menggambar seolah2 ana ni terlalu jahat dan bersalah padanya.
Selepas dia pergi…ramai kw2 yg dtg berkumpul di meja ana.

“halawati..kesian kat halawati. Tak patut dr.h cakap mcm tu depan semua. Kalau pun halawati salah….panggil la masuk bilik dia n face to face..ni tak…ada pergi marah2 depan kelas. Tapi kami percaya, halawati tak salah. Kami pun bukannya tak kenal perangai Dr.H tu..”kata Kak Iba sambil memujukku.

Ana tersnyum kecil. Mujur kawan2 memhamiku dan mengenali peribadiku apa adanya. Namun…hal ini tidak akan ana diamkan. Ada yg perlu dilakukan!!!

Petang itu laju ana menaip sms utk Dr,H..biarpun pangkatnya itu DR….biarpun ia ditakuti kerana selalu meng “failed” kan pelajar2 yg dia tak suka..namun ana tak takut. Apa yg benar...ana beritahu, meski slps ini ana tahu nasib yg bakal ana terima.

“Salam Dr,H. saya sgt2 tak puas hati dgn apa yg Dr.H dah lakukan pd saya dlm kelas tadi. Kn smlm saya dah minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar, saya sangkakan hal ini sudah selesai..tapi ternyata Dr.H malah memburuk-burukkan sy didepan kawan2. Saya tak kisah kalau Dr.H nak marah saya atau nasihati saya..tapi kan boleh je Dr.H panggil saya ke pejabat puan..then marah la sepuas2nya. Tapi skrg..Dr.H dah malukan saya depan satu kelas..ini tak beretika namanya. Cara puan salah. Menjatuhkan airmuka didepan orang ramai, itukan berdosa. Saya kecewa dgn tindakan puan tadi..”.

Begitulah lebih kurang bunyi sms ana padanya. Hurm..dlm hati ana xkisah la apa yg jadi lepas ni…yg penting kebenaran tetap kena ditegakkan. Ana cakap dan sampaikan apa yg benar. Mmg salah cara Dr.H tu .,,kalaupun nk menasihati..bukan dgn cara yg begitu. Mungkin selama ini tiada pelajar yg berani nk komen dia sebegitu..kerana dia seorang DR…tapi hari ini biar lah ana yg sedarkan ia.

Tak lama slps sms itu..dia call ana…”Datang bilik sy skrg!!!!!” arahnya dlm suara yg begitu kasar.

“Hurm…apalah nasibku slps ni. Mesti kena marah giler2 ni…”, fikirku dlm hati dan terus bersiap. Sblm pergi tu tiba2 ada call dari kwn sekelas. Ana ceritakan ttg hal yg baru terjadi..ttg sms ana pd DR.H.

“Halawati..saya tahu awak ni jenis berani dan selalu nk tegakkan kebenaran. Tapi..tolonglah…buat2 tak tahu je. Pegi jumpa Dr.H dn minta maaf. Walaupun mmg jelas dia yg salah…awak minta maaf je then selesaikan hal ni dgn baik. Dr.H tu suka org mengampu dia, puji2 dia…biar la hipokrit asalkan selamat. Jangan jadi mcm saya…sem lepas paper saya failed sbb dia ada tak puas hati dgn sy. Skrg kene repeat paper sbb dia. Mmg susah….baik awak ikut je rentak dia…” nasihat dari kawanku itu membuatkan lama ana termenung memikirkn kata2nya.

“Betul juga….utk kali ni apa kata aku cuba ikut je rentak dia.penat nak memanjang2kn perkara ni. Lagipun tak lama lagi nk exam….mesti susah kalo ada prob dgn Dr.H ni..tak pasal2 nnti tak dibenarkn amik exam…” fikirku dlm hati. Mungkin utk kali ini ana terpaksa mnjadi hipokrit, terpaksa menipu dan trpaksa melanggar prinsip ana selama ini..BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT..”argh….geramnya…”…

Hajjar yg merupakan rakan sekelas turut menasihati ku supaya melupakan hal ini dn pura2 minta maaf dan berbaik dgn Dr.H.

“Nnti sblm gi bilik dia..beli la coklat atau apa2 buah tgn nk pujuk dia. Then cakap baik2..apa je yg Dr,H cakap..halawati ia kan je, angguk n setuju, pastu mengaku je yg mmg halawati salah. Habis cite..!! Dia mmg suka org tunduk n patuh cakap dia….Pastu bagi la reason kenapa halawati bersikap mcm tu pagi smlm..kononnya ada prob ke…bagi dia kasihan” nasihat hajjar lagi smbil mmberi idea “nakal” padaku. Bermakna ana harus berbohong dan mereka-reka plot cerita baru kpd Dr.H….
”oh Tuhan..ampuni daku”.

Dengan hati yg separuh berat..ana singgah ke kedai mmbeli coklat Cadbury dua tiga keping (yg mahal-mahal tu..hehe..coklat rasuah) dan terus gi bilik Dr.H di fakulti. Apabila pintu diketuk, Dr,H membukanya dgn muka yg separuh kelat. Dia duduk berhadapan dgnku dgn muka yg serius.

“Apa kena dgn awak sebenarnya? Awk bagi sms pada saya dgn kata2 mcm tu….apa yg awak nk sampaikan sebenarnya..” Tanya Dr.H padaku dgn serius.

“Halawati..ingat…jernihkn keadaan. Biar je dia menang dgn ego dia. Mulakan lakonan..” bisik hatiku. Ish2…….ana memujuk diri utk sabar dan tidak menjawab kata2 Dr.H dgn kata2 yg lebih pedas.

“Sebenarnya….saya nk minta maaf byk2 atas apa yg terjadi. Saya akui..semuanya mmg salah saya…..sebenrnya smlm tu saya palingkn muka tu sebab saya sebenarnya ada prob. Jadi agak stress. Saya tak dtg kelas pagi tu pun sbb prob ni..Harap Dr.H dapat maafkan saya”, wah….ana mula mereka-reka cerita. Ana melanggar prinsip ana selama ini..dn utk pertama kalinya ana menipu . huhu..terasa bersalahnya….tapi nk buat mcm mana...keadaan yg memaksa

“Hurm…yeke. Masalah apa sebenarnya?? Cuba cerita pd saya.kalau2 saya boleh tolong.”, Tanya Dr.H dgn serius bercmpur simpati. Ana terkesima seketika. “Ha..tu lah..menipu lagi….kan dah terperangkap dlm penipuan sendiri..” ana memarahi diri sendiri. Ternyata bila sekali menipu..ia akan menjadi sebab utk terus ke penipuan yg seterusnya..huhu..:-(

“Er…er…”, lambat2 aku mencari idea. Masalah apa yg harus ku reka utk membuatkan Dr,H simpati padaku? Ketika itu geram sungguh pada Hajjar kerana ideanya ini. Tak pasal2 nk kena reka cerita.

“Saya ada masalah kewangan. Kebetulan bulan ni saya baru beli laptop..duit PTPTN semua habis beli laptop. Pastu, class ada buat trip ke Trengganu..kena bayar duit trip lagi…mmg xcukup duit. Dgn assignment lagi yg semuanya perlukn bnyk duit..tu yg stress tu..” ceritaku pada Dr.H. Segala yg ana ceritakan itu mmg benar..cuma bezanya hal itu tiada masalah pun. Duit masih ada dan ana minta pada ayah sikit (he..tapi terpaksa la cakap mcm tu..)

“La..yeke. Habis tu awak makan mcam mana? Ada duit ke? Macam mana awak nk pegi trip? Kalau awak mahu saya pinjamkan dulu duit saya..”, kata Dr.H bersungguh2….

Ya Allah…lagilah ana merasa bersalah. Udahlah menipu…hal jadi bertambah rumit krn Dr.H terlebih simpati. Ana sekadar nk lepaskan diri dari masalah..ternyata Dr.H ni baik hati disebalik sikapnya yg kepoh dn kecoh itu. Perasaan bersalah ku makin berganda2…….(inilah balasan kerana menipu)

“Eh Dr.H..tak payah2..takpe..ada kawan nk bagi pinjam duit tu pada saya. INsyaAllah, saya dah ok skrg. Cuma smlm je saya agak stress sikit.”, balasku laju sambil menyerahkn coklat yg kubeli padanya.

“JAdi..hari ni saya nk minta maaf atas segala2nya..sebab hal pagi smlm..dan sebab sms saya yg kasar tu. Saya minta maaf byk2 ye..” kataku laju. Ana ingin segera pulang. Rimas rasanya utk meneruskan sandiwara dn mereka2 cerita lagi.

“Takpe2..saya faham. Kamu nanti kalau ada masalah apa2..jumpa saya ye. Jangan pendam sorang-sorang..kalau boleh saya akan tolong,” balas Dr.H lagi penuh simpati. Ana tersenyum padanya dgn ikhlas. Dr.H baik..Cuma dia punya sikap yg mmbuatkan ramai org kurang senang dgnnya. sesungguhnya manusia itu tiada yg sempurna….

Sebelm pulang..ana salam dn cium tangannya….(yg ni bukan lakonan.:-))..mmg ikhlas ana meminta maaf atas segalanya..dn melupakan krisis yg berlaku antara kami. Selepas itu kami pun berpelukan erat. (ish2..mcm drama filem la pula..hehe…mujur ana tak menangis. Tapi terharu juga atas kebaikan Dr.H.). Dan……..sebelum pergi….ana tergamam tatkala dia mmasukkan RM50 dlm tanganku. MasyaAllah….berusaha ana menolak dan tidak mahu terima duit tu….tapi Dr.h seribu kali memaksa ana menerimanya. Katanya…..dia ikhlas nk bagi pada ana.

HUrm..disaat itu hamper saja ana menangis.
Rasa bersalah kerana menipu terasa berganda2 lagi atas kebaikan Dr,H. kasihan dia….baik hatinya dia..” Ya Allah..ampuni daku. Ternyata ana tidak tahu hal ini akan jadi srumit ini. Ingatkn bila cakap ada prob…then minta maaf terus boleh pulang. Tak sangka Dr.h begitu caring dn mengambil berat mengenaiku.


“Dr.H……maafkan saya” (jeritku dlm hati).

Pulang dari biliknya…sambil berjalan kaki ke hostel…ana menangis. Banyak yg ditarbiyah Allah padaku sepanjang peristiwa ini. Antaranya , JGN MENIPU, JGN BERSANGKA BURUK DGN ORG…JGN HIPOKRIT..dn bermacam2 jgn lagi. Meski Dr.H itu terlihat agak ekstrem dgn sikapnya..namun terselit kebaikan yg ramai org tak tahu…..:-)

Dan…semenjak kes itu….ana menjadi tersangat akrab dgn Dr,H. kiranya ana ni pelajar Favourite dia la. Dlm kelas…tak sah kalau dia tak sebut nama ana..hehe.. semua rakan tertanya2..apa yg terjadi sehingga ana begitu baik dgn Dr,H? mereka semua tertanya2 ..apa rahssianya?? Hehehe..hanya ana, Dr.H dan Allah yg Tahu….:-)

Tuesday, May 19, 2009

"AMAL SOLEH" KEKASIH TERBAIK


"FOOTSTEPS IN THE LIGHT"
SEBUAH PESANAN AMAL SOLEH DARI IMAM AL GHAZALI
Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai sakit yg membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring SEORANG DIRI.

TAK seorang jua pun yg turut masuk ke kubur dn mnghiburnya didalamnya. Yang demikian tak kudapati selain AMAL YANG SOLEH. Sebab itu maka kuambil ia mnjadi kekasihku , spy kelak ia menjadi pelita didlm kuburku, menghiburkn dan tidak meninggalkn aku seorg diri...
Wasiat Rasulullah saw kepada Sayidina Ali, yang antaranya;
Wahai Ali,bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya:
1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1.Jujur dalam berkata-kata.
2.Menjauhi segala yang haram.
3.Merendah diri.

Wahai Ali,bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:
1.Merahsiakan ibadahnya.
2.Merahsiakan sedekahnya.
3.Merahsiakan ujian yang menimpanya.
"Dunia ini untuk kegembiraan...akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dgn kesusahan,dunia jambatan yang tidak kekal untuk dilalui ke negeri yang baqa…"Wallahu 'alam bissawab

Thursday, May 14, 2009

Kenapa perlu ada CINTA???


“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” – Al Rum 30:21

Bismillahirrahmanirrahim.... hurm..hari ini ana teringin skali membicarakan topik CINTA lagi..kerana perbualan malam tadi bersama seorang novellis muda berjiwa besar..adik Hilal Asyraf berkisar soal ini. Novel VT nya yg terbaru di pasaran udah pun habis ana mengkhatam nya..alhamdulillah, penuh dgn nilai keislaman yg tinggi.

Semasa berbual dgnnya malam tadi...ada persoalan yg muncul dari Hilal..
"Kak...kenapa ye semua org bila bercakap soal cinta, soal nikah dan perkawinan..semuanya suka. excited sgt2...bab2 ni mmg mendapat perhatian. dlm novel-novel pun semuanya cerita kisah cinta. walaupun novel dakwah..tetap ada elemen cinta tu..", komen Hilal dengan pendapatnya mengenai CINTA.

Ana tersenyum kecil sambil mula mencari idea utk menghuraikan keadaan ini kpd Hilal. jelas dan nyata sekali dia kurang SENANG dgn fenomena cinta yg selalu mendapat raking tertinggi dalam permintaan manusia...hehehe.
.
Lalu ana mula menyusun ayat.."Hilal..cinta itu mmg lumrah dan naluri yg Allah titipkan dlm semua manusia yg diciptakannya. hatta kpf binatang juga mrk punya sifat cinta dan kasih syg sesama mereka. Jangan mmperkecilkn kuasa cinta..juga jgn memandang rendah pd cinta. MAnusia memerlukan cinta utk hidup...andai dia punya harta satu dunia..punya segala kesempurnaan dlm hidup..tetapi tidak pernah mencintai atau dicintai, pastilah terasa kosong hidupnya.", jelasku sebagai pembuka bicara.

"Yela kak...tapi saya mcm tak berapa selesa la dengan situasi mcm ni. asyik2 cinta..asyik2 cinta..boring la..", jelasnya masih tidak puas hati.

"Erm..tahu kan kisah Adam di syurga. walaupun dia tinggal di syurga yg begitu indah, syurga ciptaan Allah yg begitu smpurna dan lengkap..namun tetap juga Adam merasa ada sesuatu yg kurang dlm hidupnya. bila keseorangan..sambil mendengar burung2 berkicau indah di pepohon..hati Adam masih juga merasakan kekurangan. kenapa ya? kenapa dia tak tenteram? bukankah di syurga itu telah terlalu banyk nikmat dan keindahan. lalu kenapa Adam tetap juga merasa ada yg kurang dlm hidupnya???

Tetapi, walau dalam keadaan demikian...Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Walaupun Adam tidak memberitahu,Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam kalbu hamba-Nya. Oleh itu, Allah ingin mengusir rasa kesepian yang dideritai Adam.

Ketika Adam sedang nyenyak dalam tidurnya, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibrail a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri. Adam tidak merasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibrail. Dan,dengan kudrat Allah yang apabila ia mengkehendaki terjadi sesuatu, cukup dengan berkata “Kun” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Dan juga sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan seorang teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam...."

MORALNYA????

"Rupanya setiap manusia itu mmg memerlukan teman disisinya. itulah lumrah dan fitrah seorang manusia. seorang lelaki memerlukan isteri disisinya. seorang anak memerlukan ayah dan ibu disisinya. setiap manusia itu akan saling memerlukan..terkadang ia memberi kasih syg..dn terkadang ia juga memerlukan kasih sayang dan cinta itu. TETAPI....CINTA yang bagaimana yg sebenarnya mengikut garis pnduan Allah? CInta yg bagaimana yg tidak menjerumuskn kita kedalam neraka Allah?


HA...yg itulah perlu dipelajari..dibentuk dan dijaga dengan sebaiknya. Adam Dan Hawa bercinta dgn izin Allah..menikah dibawah redha Allah...dna tiada yg salahnya dengan cinta sprt itu. jadi....haruslah pandai membawa cinta itu kearah yg mana. haluan itu pandulah ia kejalan yg menuju syurga Allah...bukan ke jalan gelap yg kotor dan hina. kerana cinta yg tidak diredhai itu adalah sia-sia....cinta yg dihimpit dosa dan maksiat itu cinta yg kotor dan hina.

kerana itulah dalm novel ana yg bertajuk "MENCARI NUR CINTA"...besar hikmah yg ingin ana sampaikan kepada semua remaja yg sering hanyut dgn namanya CINTA. besar makna yg ingin ana terjemahkan melalui karya ini....agar mereka dapat melihat.......CINTA iTU BENAR-BENAR indah andai ia dipimpin ke jalan yg benar2 diredhai Allah. :-)
hehehe..promote novel sikit. insyaAllah..sedikit waktu lagi akan menemui anda dipasaran.

BIAR MENJADI RAMA-RAMA DGN SAYAPNYA YG TERANG DAN INDAH DARIPADA SANG KELKATU YG MENERJAH API.

Friday, April 10, 2009

KUCINTAI AYAH BONDA SEPERTI AKU CINTA SYURGAKU


Bismillahirrahmanirahim…

Baru-baru ini hari lahir ibu. 4 April 1950...itulah hari lahir ibuku yang tercinta. Sempat aku membelikan sebiji kek yang sangat special untuk ibu...malah memberikan sebuah hadiah istimewa untuknya. Kulihat ibu tersenyum senang sambil memelukku. Aku bahagia dapat melihat ibu tersenyum senang. Oh Tuhan...ukirkan senyuman itu selalu diwajah ibu…agar ku tahu ibu sedang berbahagia dengan hidupnya. Aku sgt sayang dan cintakan ibuku ini…dialah insan yang paling dekat dihati ku..dari saat aku pertama kali melihat dunia ini...hinggalah pada hari aku melihat dunia in buat kali yg terakhirnya…ibulah insan yang paling dekat denganku….yang mengerti akan diriku dengan sepenuhnya. Meski aku tidak berkata-kata, tidak memberitahunya..ibu selalu mengerti dan kenal akan diriku.

Lama aku berdialog bersendirian mengenangkn perjalanan hidup ini. Jalan panjang yg telah ku lalui selama ini.. Apa yang telah aku perbuatkan selama ini dalam hidupku? Apakah aku sudah mencorakkan jalan hidupku ini dengan sebaiknya?. Apakah aku sudah menjadi khalifah terbaik untuk-Nya, apakah aku sudah menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuaku”, akhirnya…hanya sebuah keluhan kecil yang keluar dari mulutku. Aku hanya mampu mengeluh membayangkan diri yang terasa belum menyempurnakan seluruh tanggungjawab yang diamanahkan.

Airmataku mula menuruni pipi dengan laju tatkala menjejak kembali masa silamku yang terlalu indah. Masa lalu yang kian jauh kutinggalkan….dan kian lama kian terhapus ingatannya dari kotak memoriku. Aku sungguh bertuah kerana Allah menghadiahkan kepadaku ibu dan ayah yang terbaik. Kasih sayang dan pengorbanan mereka tiada terkira hebatnya. Apa sahaja yang mereka tidak beri padaku. Semuanya cukup hinggá aku tidak pernah merasa kekurangan sedikitpun. Sedangkan keluargaku bukanlah dari golongan orang berada. Kehidupan kami sekeluarga sederhana sahaja. Namun, ibu dan ayah sering membuatkan hidupku selalu berasa sempurna. Aku sendiri tidak pernah bertanya sesukar apa mereka berkorban dan berusaha untuk itu.

Ayah…..walaupun seorang yang tegas, namun masih penuh dengan kasih sayangnya. Malah ayah tidak pernah menjentik sedikitpun kami adik beradik. Meski ayah tidak membelai kami dengan penuh kasih sayang seperti ibu, tetapi sayang ayah kepada kami sering terserlah.

Aku masih ingat pada setiap hari minggu ayah pasti akan membawa aku dan adik-adik ke sebuah taman permainan di Taman Jaya. Taman permainan itu sungguh besar dan banyak sekali mainannya. Ayah akan menemani aku bermain sehingga petang. Aku sungguh seronok….bermain dan bermain sehingga aku puas. Namun ayah tidak pernah jemu menemani ku walau setiap minggu harus membawaku kesitu. Tidak pernah pula ayah berkata penat atau malas untuk melayaniku lagi.

Pernah suatu hari setelah bersiap-siap untuk ke taman, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ayah memberitahu tidak jadi ke taman kerana hujan lebat yang turun...tetapi aku tidak dapat menerimanya. Bagiku jika sudah bersiap harus keluar juga tidak kira apa yang berlaku. Lalu aku menangis-nangis untuk pergi juga. “Hujan didalam rumah ternyata lebih lebat dari hujan diluar…”, cerita ayah padaku sambil tertawa. Ketika itu aku sudah hampir lupa dengan kejadian itu kerana masih kecil. Ternyata, ayah masih lagi ingat akan kenangan kecil-kecilku.

Demi tidak mengecewakan ku, malam itu ayah membawa kami adik beradik ke karnival Sarkis dan fun fair yang diadakan di pusat bandar. Aku terlonjak-lonjak sambil ketawa keriangan ketika menaiki kuda pusing dan fun fair. Seronok sekali...semua permainan yang ada disitu aku naiki bersama adik-adik. Dalam keseronokan itu aku tidak mengerti berapa banyak wang yang ayah habiskan demi membuat aku dan adik-adik tertawa keriangan.

Sewaktu hari lahirku yang ke 12, aku masih ingat betapa aku seronok menceritakan tentang jam tangan “Boy London” yang sangat terkenal tika itu. Jam itu akan berubah warna didalamnya mengikut keadaan cuaca. Bersungguh-sungguh aku ceritakan pada ibu dan ayah tentang jam yang dipakai kawan sekelasku itu. Namun, aku tidak pula meminta untuk dibelikan jam tersebut. Aku tidak mahu membebankan ayah dengan meminta-minta benda yang tidak penting. Tika itu ayah hanya diam mendengarkan ceritaku.

Keesokannya, sewaktu pulang dari sekolah…aku terkejut sekali ketika ibu mengeluarkan sebiji kek yang sangat cantik. Semuanya telah tersedia!! Rupa-rupanya ibu mengadakan jamuan hari lahir untukku. Ramai kawan-kawan yang hadir. Aku seronok sekali…aku tertawa keriangan. Tapi…dalam keseronokan itu aku tidak nampak kelibat ayah. Bila kutanya pada ibu, rupanya ayah masih sibuk di tempat kerja. Kasihan ayah…bekerja siang malam demi membahagiakan aku dan adik-adik.

Kemudian, ibu datang padaku menyerahkan sebuah hadiah yang kecil bungkusannya. Kata ibu…hadiah itu dari ayah. Aku kemudian membuka hadiah tersebut dengan lajunya. Bila dibuka…aku melompat keriangan sambil memeluk ibu. Ternyata…ayah menghadiahkan padaku seutas jam tangan “Boy London” yang paling kuinginkan. Betapa bahagianya saat itu kurasakan. Sehingga kedalam tidur aku masih tersenyum-senyum bahagia. Aku tidur dengan memakai jam pemberian ayah itu.

Ketika di sekolah, setiap saat dan detik aku asyik melihat jam yang bertukar warna mengikut cuaca itu. Bila panas dia bewarna hijau, bila cuaca sejuk warnanya bertukar biru. Aku sungguh seronok menunjukkan kepada kawan-kawan tatkala jam itu berubah warnanya. Aku tertawa-tawa keriangan!!!

“Argh…”, aku mengeluh kecil sambil menangis lagi. Menangis membayangkan balasan yang tidak mampu aku beri kepada ibu dan ayah...setimpal dengan segala kebahagiaan yang telah ibu dan ayah beri selama ini buatku. Zaman kecilku terlalu banyak bahagianya…terlalu banyak aku tertawa bahagia pada segala keindahan yang ibu dan ayah berikan. Banyak sekali kebahagiaan dan kegembiraan yang telah ibu dan ayah curahkan. Apapun sanggup mereka lakukan demi melihat aku dan adik-adik selalu tertawa bahagia. Meski mereka bergolok bergadai dan memerah keringat untuk itu….mereka puas asalkan dapat melihat kami tersenyum. Namun, apa yang ku tahu tentang segala pengorbanan mereka tika itu?. Aku hanya tahu tertawa dan berbahagia dengan hidupku.

Tapi kini, ayah makin tua…ibu makin bertambah kedut-kedut di mukanya. Tangan ayah yang dahulu begitu kuat menggendongku ke taman, kini makin tidak berdaya. Tangan ibu yang dahulu sering menyuapkan aku makan sebelum berangkat ke sekolah…kini makin lemah tidak berdaya. Aku menangis hiba sambil menekup mukaku…Alangkah indahnya saat ini aku juga dapat melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan ibu dan ayah demi membuat aku tertawa bahagia.

“Alangkah indahnya andai tika ini aku dapat membuat ibu dan ayah selalu tersenyum bahagia…aku dapat memenuhi segala permintaan mereka…aku dapat membawa mereka bersiar-siar…”, aku masih membaca airmata yang makin laju menuruni pipi.

Ibu….tidak perlu aku bicarkan betapa banyak tumpah keringat dan airmatanya demi membesarkan ku. Ibu yang selalu tabah…selalu menjadi tulang belakang keluarga kami...ibu yang tidak pernah berputus asa demi anak-anaknya. Meski terkadang sikapku sering sahaja menguji kesabaran ibu…namun ibu masih tersenyum sambil membelaiku. Kenapa ibu tidak pernah berputus asa dengan anak-anaknya? Aku terkadang sering tertanya-tanya akan hal itu. Ibu sangat luarbiasa kuatnya.

Kemudian aku terbaca didalam sebuah majalah… “Ketika Allah menciptakan seorang ibu…Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak dibalik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat dan dicipta dari bahan yang tidak mudah terhakis...kerana telinga itu mestilah kuat tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan dari anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina dengan bahan yang tidak terlalu keras, dan tidak terlalu lembut agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya dan bekerja seharian menguruskan keperluan anak-anak.

“Akhir sekali…apakah yang sebenar-benar milik ibu?” tanya malaikat. Jawab Allah, “Dikelopak matanya itu Aku ada menyediakan satu lubang kecil untuk airmatanya. Airmata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada-Ku akan hal-hal yang melukai hatinya. Airmata tika menahan derita dari karenah anak-anak yang sering menyakitkan….ataupun airmata gembira atas kejayaan anaknya.

Artikel yang kubaca itu benar-benar membuatkan aku menangis teresak-esak. Pulang dari sekolah, aku tenung wajah ibu yang sedang sibuk memasak didapur. Aku pandang tangan ibu yang telah banyak mengurniakan jasanya untukku. Kemudian terus ku peluk ibu sambil menangis. Ibu kelihatan terkejut sambil bertanya kenapa aku menangis. Aku menceritakan pada ibu tentang artikel yang kubaca...dan aku nyatakan pada ibu bahawa aku tersangat sayangkan ibu. Aku lihat ibu tersenyum sambil mengusap-usap kepalaku lembut.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana hidupku ini tanpa ibu dan ayah. Malah aku juga tidak dapat membayangkan bagaimana aku kan melalui hidup ini tanpa mereka disisi. Setelah sekian lama sejak aku lahir hinggá ke saat ini…ibu dan ayah selalu ada disisi. Lalu bagaimana untuk aku melalui hari-hari ku tanpa mereka menemani. Kata ustaz di sekolahku, “Kita kena bersedia untuk menghadapi berita kematian ibubapa kita. Kerana semua orang akan mati...bila-bila pun Allah panggil, kita tak tahu. Semua ibu ayah kita akan tinggalkan kita juga suatu hari nanti..” aku menangis teresak-esak tika mendengar ustaz berkata begitu. Aku masih mahu banyak waktu bersama ibu dan ayah!






Thursday, March 26, 2009

MADU DAN POLIGAMI…..INDAH??



“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” – Al Rum 30:21

Bismillahirrahmanirrahim..

Hurm..dalam dok tulis entry tentang cinta tu…kebetulan tadi ana baru sahaja selesai menonton rancangan talk show Ally Iskandar yang membahaskan tentang “Poligami”. Dan artis jemputan tidak lain dan tidak bukan lagi iaitu Salih Yaakob yang sedang hangat dikatakan bakal menikah untuk yg ke-4 tidak lama lagi. Teringin juga ana dengar kata2 dan pandangan yang keluar dari mulutnya.

Setiap seseorang itu boleh dinilai dari setiap kata-katanya. Itulah yang ana belajar dalm bidang psikologi dan dari sudut agama juga. Kerana, mulut itu ibarat muncung teko. Ia akan memuntahkan segala yg ada didalamnya. Setiap patah bicara yg keluar dari mulut sseorang itu, seolah menggambarkan apa yg tersirat didalam hatinya. Malah ana jg teringat pada sebuah ungkapan dari wanita sufi ahli syurga yang bernama Rabiatul Adawiyah kepada seorang wali Allah. Ketika lelaki itu merungut-rungut tentang hal-hal dunia….Lalu Rabiatul Adawiyah menjawab.. “Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia..kerana orang yang sering bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut..”

Maknanya...kecintaan seseorang itu bisa terlihat pada setiap percakapannya. Jika dia cinta kpd harta, maka percakapannya lebih banyak berkisar soal harta siang dan malam..jika kecintaannya kpd bola..maka siang dn malam akan lebih banyk memperkatakan hal-hal bolasepak..dan jika kecintaannya kpd Allah…maka lebih bnyk pula dia bercakap tentang cinta dan kebesaran Allah.

Ok...berbalik kepada kisah Salih Yaakob tadi…Subhanallah…ana kagum mendengar bicaranya!! Jujur, ana jenis jarang atau susah untuk memndng tinggi atau memuji seseorang. Hanya yang terbaik atau yang luar biasa sahaja yang mampu membuat ana mengatakan “wow”...ataupun ana mengangguk-angguk tanda setuju. Kerana lebih ramai org yang hanya tahu berbicara menggunakan nafsu dan perasaan. Tetapi...andai sesuatu yg dibicarakan itu dekat sekali dgn Allah…dalam setiap perkataan, dalam setiap ayat dan setiap yg terjadi…ada dikaitkan dengan kebesaran dan ketentuan Ilahi…ana tersangat2 sukeJ

Alhdmulillah…Salih Yaakob itu mampu membuatkan ana tersenym dan bersetuju dgn kata-katanya. Dari setiap kata2 nya, dapat digambarkan ilmu agamanya tinggi. Antara ayat yang paling ana suka dengar..
“Wanita ini memang akalnya satu...nafsu yang banyak. Lelaki sebagai imam harus tahu bagaimana untuk menjinakkan nafsunya yang banyak itu. Lelaki itu imamnya..lelaki itu ketua nya…jika isteri itu solat berimamkan suaminya, membaca Al Quran, kiblat dan segalanya mestilah mengikut suaminya...krn suami itu yg harus membimbing dia kejalan Allah. Dlm apapun yg dilakukan, hadirkan Allah selalu dlm hati. Nescaya hidup terasa indah dan nikmat…Kita akan tahu tanggungjwab dan amanah kita kpd Allah…”

Yup…ana tersangat suka kata-kata itu. Andai dalam hidup ini kita selalu menghadirkan Allah dalam apa jua yg berlaku…kita selalu melihat segala yg terjadi sbg hamba Allah..maka kita akan tahu diri..“SIAPA AKU DI DUNIA INI”.

Maka kita tidak akan punya banyak rungutan terhadap hidup…tidak punya kekesalan atas apa sahaja jalan Tuhan untuk kita. Kerana 24 jam hidup kita seharian…tiada satu pun yg terjadi tanpa izin dan kehendak dari Allah. Jika seseorang itu kawin...ataupun menikah..ataupun berpoligami, semua itu tidak akan berlaku tanpa kehendak Allah! Ana jg teringat pd pesanan ustazah ana suatu hari,katanya.. “Padang masyar nanti panas, matahari sejengkal atas kepala. Tak nak payung emas ke..”.gurau ustazah. Walaupun ustazah berkata2 dlm tawanya…namun kata2 itu begitu memberkas dihati ana. Lantas terfikir pula akan peluang yg terbuka luas untuk makhluk bernama wanita itu. Allah beri peluang itu untuk para wanita yang redha dengan taqdirNya. Meski hatinya sedikit terluka...namun dia redha dan merelakannya…maka Allah siapkan hadiah utk pengorbanan nya itu.

Lalu diam-diam ana bertanya pada hati “Nak payung emas tak..”….hehe….ana tersenyum bahagia. Andai Allah ingin memberi peluang itu kepadaku….kenapa tidak..:-)

Subhanallah…itulah indahnya andai dalam hati ini ada cinta Allah. Rugi sekali andai org2 mukmin itu tidak bisa memiliki atau mengenal cinta Agung ini. Percayalah…hanya cinta dan keyakinan kita kepada Allah sahaja yang menjadi pintu dn kekuatan untuk kita merasa bahagia meski dalam derita..untuk kt merasa cukup meski dalam kekurangan..dn utk kita tersenyum meski dalam kesakitan. Perkara inilah yang selalu ana nasihatkan pada diri… “Peluklah cintaNya selalu jgn dilepas...kerana ianya nadi dan nafas kekuatan utk kau hadapi apapun…”

p/s: Jadi….utk para isteri..selepas ini tanyalah pada suami… “Abang tak nak kawin ke? Kawin la lagi…ana nak sgt payung emas..”..hehe….ada berani??

“Aku tidak mempunyai apa-apa melainkan cinta-Mu yang kudakap selalu...
Cinta yang memberikan kekuatan setelah aku lelah dalam perjalanan ini,
Cinta yang menghidupkan kembali nafas juangku...”

Wednesday, March 25, 2009

Hiduplah sesuka hatimu....



“Hiduplah sesuka hatimu…sesungguhnya kamu pasti mati akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sayangi… sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki…sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan”
- Ibnu Abbas-


Bismillahirrahmanirrahim…

Ayat diatas ana tujukan untuk diri ana sendiri..juga buat semua sahabat2 dan adik-adik kbm yang mmbaca nukilan akak..
Ayu…disini akak sertakan nukilan hari ini mungkin juga sebagai nasihat untuk Ayu..afwan kerana lama tak contact ayu..Juga buat adik luqman..atas pertanyaan baru2 ni..akak tak reply sbb takde kredit. Afwan semua….sejak akhir2 ni akak memang dah lama tak top up…malas nak pegang hp..hehe…dah lama hp akak tu berdiam diri didalam almari.

Erm…topik hari ni yang sgt2 ingin ana bincngkan mengenai cinta..kasih dan syang sesama insan. Topik ni memang tersangat2 diminati oleh semua orang..apatah lagi yg namanya remaja. Saat ini kesemuanya punya angan-angan dan cinta masing-masing. Iya..cinta tu mmg indah kan….malah boleh jg menyembuhkan sakit. Cinta itu kuasa ajaib anugerah terindah dari Allah.
“Siapa yang tidak mahu mencicip manisnya cinta tidak akan bisa menikmati kehidupan” – Ibn Qayyim Al-Jauziyah

“Bukankah cinta itu indah!! Cinta adalah sebahagian dari nafas kehidupan. Tetapi... apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai”….

Hurm….kenapa kita boleh mencintai sesama makhluk separuh mati...tetapi tidak bisa mencintai Dia yang menganugerahkan rasa cinta itu?? Allah telah menjadikan rahmat dalam 100 bahagian. Allah masih menahan 99 nikmat itu...dan yang diturunkan dibumi hanyalah satu bahagian sahaja. Maka dengan satu bahagian itu pulalah masing-masing makhluk berkasih sayang...sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut menginjak anaknya.

Aduhai....terkadang rasa malu amat pada-Nya..mengenang diri yang terlalu sedikit melahirkan cinta kepada-Nya. Apa yg telah aku buktikan dalam merelisasikan cintaku pada-Nya?? Apa yang telah aku perbuatkan dlm mempersembahkan cinta yg ada untukNya. Terkadang dlm solat yg menjadi jambatan utk lebih dekat dgn-Nya..aku masih juga teragak-agak memikirkan permasalahan duniawi. Masih sarat dgn urusan dunia yang tidak mampu dilupakan walau 5 minit cuma. Aduh....hinanya andai aku tidak bisa mencintaiNya lebih dari segala rasa cinta yg ada didunia ini.


"Andai semua orang yang anti sayangi didunia fana ini meninggalkan anti suatu hari nanti….tetapi Dia tak kan sekali-kali meninggalkan anti. Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu ia hilang disisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang"


Kata-kata diatas dipetik dari novel ana sendiri. Entah mengapa ayat itu begitu ana sukai..malah suka pula ana membacanya berkali-kali. Ana juga tidak sedar ayat itu terlontar dgn lajunya dari kotak fikiran. Seolah-olah bukan pula kata2 dari ana sendiri..tetapi adalah “teguran” dari Allah untuk ana. Kerna cinta yg paling agung itu untuk Allah..cinta yang paling mahal itu hanya utk-Nya.

Kamu boleh mencintai siapapun yang kamu mahu…kamu boleh untuk saling menyayangi…tetapi harus ada batasnya. Jgn sampai cinta itu membuat kamu lalai dari mengingati Allah. jgn sampai cinta itu mmbuat hati kamu lemah…lalu terseret dlm lembah maksiat yang menjauhkan Allah dari dirimu. Jika benar kamu ingin dicintai oleh lelaki/wanita yg soleh…tautkanlah seluruh hatimu utk Allah…nescaya sebaik-baik pasangan Dia akan anugerahkan kepada-Mu..

Jadi..usah diragui pada janji-Nya..kerna Dia tidak pernah menyalahi janji…..

Ada 7 petanda kebahagiaan dunia menurut Ibnu Abbas r.a iaitu :
Qalbun syakirun : hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah : pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar : anak yang soleh
Albiatu sholihah : lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal :harta yang halal
Tafakur fi dien : semangat untuk memahami agama

Saturday, March 14, 2009

HP ku dicurik..!!!1

HP ku dicuri!!!!!

Bismillahirahmanirrahim…

Huhu….hari ni berlaku satu kejadian yang membuat tanganku menggigil-gigil menahan marah. Hampir saja tanganku ini melayang papa pipi budak yang mencuri hp ku itu.

Mcm biasa, lepas maghrib rumahku memang dipenuhi anak2 jiran yang datang mengaji. Selalunya aku akan simpan hp dalam bilik, tapi entah kenapa hari ni terlupa langsung tentang hp yang berada di atas sofa.

Selepas mengaji al quran, aku pun keluar dari bilik dan turut mmbantu ibu mengajar budak2 ni mengaji. Ketika itu adik lelaki ku bertanyakan hp ku. Seketika aku teringtkan hp yang berada di atas sofa sebentar tadi. cari punya cari tak jumpa. Kemudian emak cuba mendail hp ku...mulanya ada nada dering, tapi kemudian dimatikan. Masa tu aku dah pun syak hp ku telah dicuri oleh salah seorang budak yang datang mengaji di rumahku. Ketika itu yang tinggal hanya 3 orang. Ada seorang budak yang pertama sekali datang memakai baju bewarna kuning. Aku yakin sangat budak itulah yang mencuri hp ku kerana dia yang datang paling awal dan pulang paling awal. Tak sempat mengaji lagi dia dah pulang.

Tanya punya tanya kat budak yang 3 orang tu, semuanya tak mengaku dan tak tahu. Aku pun mula memakai tudung dan keluar mencari budak baju kuning yang berusia dalam 10 tahun tu. Kecik-kecik da pandai mencurik...memang pantang betul rasanya..wah...geramnya!!!

Dengan penuh geram tu aku mencari budak si baju kuning ini ditemani 2 orang adikku. Dah la segala nombor dlm hp tu penting….sambil mencari2 tu tak henti2 aku berdoa didalam hati agar Allah temukan juga aku dengan hp ku itu.

Ketika itu adik bongsuku bersama kawannya mencari budak ini menaiki motosikal…katanya budak tu pergi ke pasar malam. Sedang tercari-cari itu..adikku yang menaiki motor itu membawa balik budak berbaju kuning itu bersama kawannya.

Aku bertanya padanya bertalu-talu..tetapi dia bersunguh-sungguh tak mengaku. Siap bersumpah demi Allah semuanya, berkali-kali dia bersumpah dengan nama Allah dia tak mencuri. Tu yang lagi geram tu…rasa nak penampar sekali!!! Pandai betul main-mainkan nama Allah….macam main-main je!

Selepas tanya punya tanya…dia masih tak mengaku juga. Aku sgt2 yakin mereka yg mencuri..jika bukan mereka siapa lagi yang dtg. Memang sebelum maghrib tu hp tu ada je atas sofa. Ketika sedang bersoal jawab di tepi jalan tu, abangku lalu.

“Bawak budak ni balik rumah..”, kata abangku perlahan. Aku pegang tangan budak tu dan bawa dia kerumah. Ketika itu dia masih lagi bermatian-matian mengatakan dia tak salah. Dia kata memang dia tak tahu apa2..malah dia juga tak pandai menggunakan hp. Pandai betul mulut dia tu. Sakit hati rasanya.

Bila sampai dirumah...keempat2 suspek itu duduk di sofa, abangku menjadi polis. Pada awalnya memang kesemua tidak mengaku. Masing2 ada cerita rekaan yang tersendiri. Semuanya bersumpah2 dengan nama Allah. Kecik2 da pandai tiru macam kes kat tv tu..bersumpah2 pegang quran. (mcm kes org yg fitnah Anwar Ibrahim tu)huhuhu

“Em..ni kena telepon polis la ni. Malam ni juga abang panggil polis tangkap korang semua..”, kata abangku dengan serius sambil mendail nombor hp kawannya. Ketika itu mereka masih lagi bermati-matian tidak mengaku mencuri hp ku.

“Ok..kejap lagi kawan abang datang tangkap korang bawak pegi balai. Pandai2 la jawab kat balai polis…”, kata abngku mengungut budak2 itu. Ketika itu budak berbaju kuning itu nampak semakin gelisah. Tetapi masih jga dia tak mengaku.

“Erm..budak2 ni nak kena belasah juga ni baru nak mengaku..”, kata abangku lalu bangun mengambil sebatang payung besar disebelah almari. Abangku mengugut mereka supaya mengaku. Ketika itu abangku berdiri depan mereka bermpat sambil menghentak-hentak payung itu beberapa kali. Serius sekali muka abangku. Mmg kecut perut juga kami menyaksikan aksi itu.

Ketika itulah baru budak si baju kuning itu mengaku sambil menangis-nangis. Geram sungguh rasanya. Lalu kutanya mana hp tu?? Katanya dah bagi pada sorang kawannya yang tinggal tidak jauh dari situ. Geramnyeee!!! Aku pegang lehernya dan minta dia bawa aku jumpa kawanya itu. Dia tak tahu lagi aku ni bila marah mcam mane. Dah la orang mengajar dia ngaji hari-hari, tapi balasannya dia mencuri hp orang yang mengajarnya pula. Mana tak hangin…..sepanjang perjalanan itu aku ugut dia, jika malam ni aku tak dapat hp tu kat tgn…aku hantar dia ke balai polis malam ni juga. Menangis-nangis dia takut, merayu2 minta maaf.

Carik punya carik kawannya yang bernama Iwan itu tidak dapat ditemui. Kalau dia dah jual hp ku...memang siap la budak2 ni. Ketika sedang berpeluh-peluh itu tiba-tiba kami bertembung dengan si Iwan ni. Dengan penuh marah aku meminta hp ku. Dia pun dgn laju mengeluarkn hp ku dari poketnya. Ketika itu hp ku telahpun gelap tidak berlampu. Bila kubuka, sim cardnya telah tiada. Ketika itu juga si budak baju kuning itu dengan lajunya mengeluarkan sim card ku dari poket seluarnya. Ketika itu tanganku menggigil-gigil menahan getar. Rasa ringan tanganku ini untuk singgah dipipi budak tu. Yang paling aku geram..masa menafikan tu punya la banyak alasan...sampai bersumpah2.
Ketika marah-marah itu, aku katakan untuk membawa mereka ke balai polis juga. Biar meringkuk dalam sekolah juvana. Kata kawan-kawannya, dia mmg selalu mencuri barang2 orang. Haritu dia curi pendrive, curi hp …memang selama ni keje dia mencurik.ei…geramnya!!! ketika itu budak baju kuning itu melutut didepanku minta maaf...dia merayu-rayu supaya tidak dibawa ke balai polis. Akhirnya setelah berceramah hampir setengah jam pada budak2 tu..aku lepaskan mereka pergi. Sambil marah2 itu ada ayatku yang menyebut..

“Dah..lepas ni tak payah datang mengaji quran kat sini lagi…datang bukan nak belajar, mencuri pula..”, kataku dengan nada yang penuh geram. Tapi ibuku tidak bersetuju. Ibu lalu mendatangi anak-anak itu dan berkata.. “Esok datg la mengaji..”..wawa..knapa mak cakap mcm tu?? Tanyaku pada emak.

Emak kata..biarlah. kita nasihat dia elok-elok..ajar juga dia mengaji. Mungkin kita boleh didik dia jadi org lebih baik..huhu..mulianya hati ibu. Aku akhirnya faham niat mulia ibu. Hurm….mungkin aku yang terlalu mengikut rsa marah yang menggila ini. Bukan apa, sejak aku bersekolah asrama lagi…memang pantang betul rasanya pada pencuri ni. Masa sekolah asrama dulu pun, duitku yang disimpan dalam loker pernah dicuri. Setiap malam aku baca yasin, dan akhirnya duit itu dikembalikan semula oleh si pencuri.

Patutlah islam mengarahkan org yg mencuri ini supaya dipotong tangannya. Kerana ia sngt2 menganiyai org lain. Kesian kat org yang kena curi tu. Aku teringat pada cerita ustaz kautsar dalam kuliahnya. Ada seorang lecturer yang sgt kaya di sebuah universiti..dia sgt2 tak setuju dgn hukum hudud. Katanya hukum hudud ni zalim. Sampai nak potong tgn orng yang mencuri, katanya nanti akan ramai la orang yang kudung tangannya.

Nak dijadikan cerita, Allah membalas balasan atas keceluparan lelaki ini yang menghina-hina hukum yg ditetapkan Allah. Suatu hari rumah lecturer ni dimasuki perompak yang bersenjata parang. Dia sekeluarga diikat di tiang rumah dan parang diletakkan di leher anak gadisnya. Ketika itu dia dipaksa membuka peti besinya yang mngandungi wang puluhan ribu. Barang2 berharga dirumahnya habis diangkut perompak tersebut.

Tidak lama selepas kejadian itu, lecturer ini mengadu pada ustaz… “alangkah bagusnya jika hukum hudud ada…” kata lecturer itu sambil menangis-menangis.

“Ustaz…saya kumpul harta tu bertahun-tahun dgn hasil titik peluh saya, tapi pencuri tu amik dari saya tak sampai sejam…kalau saya dapat dia memang sya bunuh!!!”, kata lecturer itu sambil menangis-nangis.

Lalu ustaz menjawab “Itulah..dulu awak kata hukum hudud ni zalim. Kalo ikut hukum hudud, potong tangan je…tapi kalo ikut hukum manusia….kamu nak bunuh dia terus. Ha…mana lagi zalim..”, kata ustaz itu memberi nasihat kpd lecturer itu. Akhirnya dia mennagis teresak-esak sambil mengulang2 ayat.. “Alangkah bagusnya jika ada hukum hudud di negara Malaysia ni…!!!”

Hurm…hukum Allah itu yang paling ADIL!!!kerana Allah itu MAHA ADIL. Manusia yang tahu merendah2 kan hukum Allah itu, sama seperti merka tidak mengakui keadilan Allah, tidak mengakui kebesaran Allah.

MasyaAllah….renung-renungkanlah………







Tuesday, March 3, 2009

IKHLAS??? ADA APA DENGAN IKHLAS??


Bimillahirrahmanirrahim…

Hari ini ana ingin berkongsi satu ilmu agama yang sgt penting, yang mana ia sangat utama untuk diaplikasikan dalam setiap amal yang kita lakukan!! Tanpanya ibadah itu seperti debu-debu yang berterbangan. Tanpanya ibadah itu sia-sia sama sekali. Ia yg sgt istimewa ini dipanggil dengan nama IKHLAS!!!

Andai kita buat perkara terhebat sekalipun didalam dunia ni…tetapi tanpa disertai dengan yang namanya IKHLAS..nescaya ianya SIA-SIA. Jadi..marilah kita sama-sama mendidik diri dan mengenal apakah hakikat IKHLAS yang sebenar-benarnya. Moga selepas ini setiap dari yg kita lakukan itu..benar2 IKHLAS kerana Allah s.w.t. Ada juga beberapa isi agama dlm ni ana dapat dari ustaz hamka. InsyaAllah….menurut Saidina Ali….ilmu itu bukanlah sesuatu yang dihafal, tetapi yang mendatangkan manfaat!!! Moga ilmu yg dibincangkan disini benar2 bermanfaat untuk kita semua..amiin

"Keikhlasan itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu hitam dimalam yang sangat kelam. Ianya wujud...tetapi amat sukar dilihat. Dan jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya”


APA ITU IKHLAS???

Tajuk ini sgt penting dan banyak mendidik ana. Terkadang untuk menjaga keikhlasan ini memang sgt2 susah. Syaitan ni ada sahaja peluangnya nak menipu manusia hidup-hidup. Astaghfirullah al adzim...moga2 hati ini selalu dijaga Allah agar selalu ikhlas dalam beramal. Kerana ikhlas itu puncak kepada segala amal.

IKHLAS itu adalah...sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Senang cerita,….apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.

SITUASI 1 :

Ramai orang yang bila disuruh buat sesuatu..cthnya pergi solat jemaah, baca Al Quran atau melakukan apa sahaja perintah Allah..mereka nak tunggu hati IKHLAS dulu baru boleh buat. Iaitu tunggu hati suka dulu baru buat, jika hati tak suka dan mengerjakan dlm keadaan terpaksa....mereka faham itu adalah TAK IKHLAS.

Kesan dari pemikiran begitulah akan terjadinya masjid2 yg kosong, Al Quran yang berhabuk ..kerana hati belum suka untuk buat amal. Hurm...nampaknya semua kena tipu dengan SYAITAN hidup-hidup!!!

Septutnya..kena tunaikan perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau duka..asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi IKHLAS...walaupun hati kita tak suka melakukannya!

Apakah kamu sangka orang-orang yang pergi solat berjemaah di masjid tu..dah jadi hobi mereka pergi masjid macam hobi orang kumpul setem??

Apakah kamu sangka orang-orang yang baca Al Quran tu dah hobi mereka baca Al Quran macam hobi korang yang suka baca blog???

Adakah kamu sangka mereka yang pergi berdakwah tu dah hobi mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hobi pergi memancing tinggalkan anak bini????

Sebenarnya..padahalnya...mereka telahpun sedaya upaya bermujahadah menentang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam beramal!!! Subhanallah.....

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah.

Moralnya disini ialah...syaitan akan berusaha membuatkan kita berasa beban dan berat untuk melakukan AMAL!! Bila rasa beban dan malas bertandang...adakah itu tanda TIDAK IKHLAS??? Jangan jadi bodoh.....teruskan buat amal baik...sama da suka atau tidak, asal kerana Allah..maka kita buat. Akhirnya, bila kita istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan. Dan..bila dah istiqamah nanti, barulah kita tahu betapa PAHITNYA BERPISAH DENGAN AMAL itu. Subhanallah...........

"Bila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan…maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Tapi….sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal...”
---------------------------------------------------

Moralnya di sini, dalam setiap amalan kita, berikhlaslah.

Tanpa ikhlas….segala amal menjadi sia-sia.
Dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar.

InsyaAllah…Manakala orang islam yang tidak ikhlas….Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kristian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad…

OH!Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidayat kepada dua orang..iaitu UMAR, anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

Di sini amat penting bagi kita, sebelum buat amal, Tanya hati.
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Begitu juga ketika sedang buat amal, Tanya hati:
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Pun begitu juga bila dah lepas buat amal. Tanya lagi hati
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Bukan apa, syaitan akan buat usaha habis-habisan, mati-matian untuk rosakan niat dan keilklasan kita.

Maka sebagai jawapan,
Aku buat kerana Allah.Untuk dapat keredaan AllahDan aku nak buat sampai aku jadi mayat!!Aku akan buat habis-habisan sampai habisAku akan buat mati-matian sampai mati.Sampai jadi mayat!!!

Wednesday, February 18, 2009

Berikan Aku Cinta..cinta-Mu yang tak pupus ditelan waktu!

Seorang sahabat mengirimkan sebuah doa yang sangat indah buat ana sempena hari lahir, semalam 17 february 2009. Sebak sekali doa itu ketika ana membacanya. Tak sedar airmata menuruni pipi.

Doanya itu benar-benar buat ana terharu…terasa bertuah punya sahabat sebaiknya, yang tulus ikhlas mendoakn kebaikan untukku didunia dan di akhirat.

Syukran Su...ana hargai sangat-sangat doa itu. Su adalah seorang sahabat usrah yang sangat ana sayangi. Ana sayang semua rakan-rakan usrah ana. Rinduu pada Cik Min, Kak Mimy, Zarina, Kak Bee, Kak Ram, Fatimah Kak Yus. Lama tak pergi usrah sebab ana sibuk siapkan novel yang perlu dihantar segera sebelum 28 Februari ni. Doa dari antum semua sangat-sangat ana hargai. Andai dapat ana gambarkan melalui lukisan alam...kalian adalah ibarat embun pagi yang dingin, yang kehadirannya mendamaikan dan menyejukkan jiwa ini.

Subhanallah...ana uhibbukum fillah. Atas nama Allah ana menyayangi kalian semua lebih dari ana menyayangi diri ana sendiri. Doa ana...moga Allah selalu memayungi kalian dalam rahmat agungNya. Dan selalu memberikan kepada kita semua cinta-Nya yang Mulia itu.

Andai kita telah memiliki cinta-Nya...sebenarnya kita telahpun memiliki segala-galanya. Cinta-Nya itu begitu sempurna dan selalu membuatkan kita merasa cukup dengan segalanya. Hingga kita tidak membutuhkan apa2 lagi selainnnya.

“Ya Allah, tenggelamkanlah aku dalam kecintaan pada-Mu..supaya aku tidak berpaling kepada yang lain lagi. Dan tidak berpaling dari-Mu..”amiin

Dibawah ini ana sertakan doa dari Su yang sangat indah. Doa yang membuatkan ana menitiskn airmata cinta kerana-Nya.

“Ya Allah,
Andai sahabatku resah….tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma’rifah-Mu.
Andai sahabatku terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaran-Mu..
Andai tubuhnya kedinginan selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayang-Mu..
Andai dirinya merindu..rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu dengan-Mu..

Ya Allah..
Jangan Kau biarkan hatinya, jiwanya, dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi.
Khusyu’ kan jiwanya dalam rukuk dan sujudnya ketika menghadap-Mu
Berikanlah kejayaan padanya didunia-Mu..juga diakhirat-Mu kelak
Semoga dirinya itu saudaraku selamanya

Oh Tuhan...terima kasih atas segalanya. terima kasih kerna mempertemukan aku dengn sahabat terbaik..sahabat yang bisa menjadi peguam bela ku di padang masyar kelak. kerana sahabat itu juga merupakan salah satu dari 7 peguambela di akhirat kelak.

Tuesday, February 10, 2009

Rinduu sangat dengan arwah..


KAU SAHABAT KAU TEMAN
Telah tiba, saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana taqdir yang Maha Esa telah menetapkan..
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan..Kau sahabatku, kau teman sejati.
Tulus ikhlasmu…luhur budimu bagai tiada pengganti.
Senyum tawamu, juga katamu menghiburkan kami.
Memori indah, kita bersama..terus bersemadi.
Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu..disaat kau masih diperlukan.
Tuhan lebih menyayangi dirimu..ku pasrah diatas kehendak yang Esa.
Ya Allah, tempatkannya..ditempat yang mulia.
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambaMu.
Sahabatku, akan ku teruskan perjuangan ini.....walau ku tahu kau tiada disisi.

Lagu Hijjaz ini membuat ana menangis teresak-esak ketika mendengarnya. Rindu sekali dengan arwah sahabat ku ini. Tadi ana buka Friendster Umairah. ana send testimonial pada dia meski ana tahu dia tak dapat jawab testi ana tu. Ana sangat-sangat rindukan Umairah. Hari ni ana ada sedikit coretan dan luahan hati buat Umairah sempena hari lahir kami berdua yang bakal tiba tidak beberapa lama lagi.

"Umairah..hari lahir kita berdua bakal tiba...birthday kita kan sama..ana selalu teringat sangat2 pada anti bila hari lahir ana hampir tiba. sebab masa kat sekolah dulu kan kita selalu sambut sama-sama. katil anti atas katil ana..kita akan duduk-duduk..sembang-sembang macam2 cerita. Ana suka dengar anti ketawa. bila anti gelak ana suke gelakkan anti balik sebab anti gelak sangat kelakar...sangat2 menghiburkan hati. ana suke tengok anti senyum...nampak barisan gigi anti yang putih dan tersusun cantik tu.

Selalu ana tengok anti sabar bila Hasanah tarik tudung anti dalam kelas. Anti tak marah pun sikit pun, sebaliknya anti senyum je dengan manis. Ana selalu hairan dengan sikap sabar anti yang luarbiasa tu. ana selalu cuba nak jadi macam anti yang sabar, tenang, baik hati..tak bersangka buruk dgn org lain. Anti adalah contoh tauladan terbaik sebagai seorng sahabat!!! ana bertuah sangat-sangat dapat kenal dan dapat jadi sahabat anti!

Umairah...ana skrg ada buat novel untuk diterbitkan. dalam novel tu ana ada cerita ttg anti..ttg persahabatan kita, tentang segalanya. Anti yang suka pada kucing, anti yang suke tersenyum..anti yang baik hati..sume ana ceritakan dalam tu. Kan best kalo anti dapat baca novel terbitan pertama ana tu. :-(

Ana sedih sgt2....sambil taip novel tu airmata mengalir tanpa henti. seolah-olah kenangan lama begitu dekat dgn ana. Seolah2 bagai baru semalam anti ada bersama ana. Bagai baru semalam kita bergelak tawa, bergurau senda bersama-sama..

Akhir sekali..ana nak bgtau anti..walaupun sejak anti meninggal ana tak pernah pergi ke kubur anti..tetapi ana selalu mengirimkan doa buat anti. setiap kali teringatkan anti, ana akan kirimkan doa. Ana xsanggup nak pergi ke kubur...ana tak kuat nak berdiri dihadapan kubur anti. Lagipun mak ana kata org perempuan tak berapa elok pergi ke kubur. Walaupun xpergi kubur, boleh je doakan dari rumah, kerana doa tu tetap sampai. JAdi..itulah yang ana lakukan.

Masa pengebumian anti pun ana tak datang..bukan kerana ana tak ingat pada anti..tapi sbb ana sangat2 tak kuat untuk lihat semua tu. mungkin sampai bila-bila ana tak dapat lupakan wajah anti yang lena dlm tidur itu jika ana pergi ke rumah anti masa kebumikan jenazah tu!!! jadi..ana tak datang sbb tak sanggup dn xkuat nk hadapi semua tu. Menurut Imam Shafie
.."Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat..dan tidak ada rasa sedih setanding kehilangan sahabat".

Dan..perasaan itulah yang ana alami skrg.

Ana doakan....sempena hari lahir kita yang bakal tiba ini....moga Allah memayungi Umairah dalam rahmat-Nya yang terbuka luas itu. Dan menjaga Umairah disana agar selalu berbahagia..selalu tersenyum di taman syurga-Nya. Ana juga doakan moga Allah membina untuk Umairah satu rumah dalam syurgaNya yang Maha Indah itu.

Umur anti hanya setakat 21 tahun je..ana pula masih tak tahu lagi berapa lama tempoh yang Allah beri untuk ana pula..Ana harap ana dapat mendidik akhlak ana menjadi sebaik anti. Anti sgt baik..sebab tu Allah sayang anti. Dia ambil anti pergi dahulu.

Akhir kata."Selamat Hari Lahir Umairah"..dan untuk ana juga! Moga Allah temukan kita lagi dibawah arasy' -Nya di padang masyar kelak. Org2 yg saling mencintai kerana Allah s.w.t. Ana uhibbuki fillah. Ila hadrati...birohmati fatihah. salam sayang dan penuh cinta dari ana...sahabat yang masih merinduimu hingga saat ini !!

“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pd hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dr neraka&dimasukkan ke dlm syurga, maka sesungguhnya ia tlh b’untung. Kehidupan didunia itu hanyalah ksenangan yg memperdayakan”-
Ali ‘Imran:185

Saturday, February 7, 2009

"Siapa yang membenci pertemuan dgn Allah, maka Allah akan benci bertemu dgnnya"


Alkisah menurut sirah (sejarah kehidupan Nabi), pernah Nabi Ibrahim AS berdialog dengan malaikat Maut soal sakaratul maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada malaikat maut,
"Dapatkah engkau memperlihatkan rupamu saat engkau mencabut nyawa manusia yang gemar berbuat dosa?"
Malaikat menjawab pendek, "Engkau takkan sanggup." "
Aku pasti sanggup", jawab Ibrahim.
"Baiklah, berpalinglah dariku!" ujar sang malaikat.
Saat Nabi Ibrahim AS berpaling kembali, dihadapannya telah berdiri sosok berkulit legam dengan rambut berdiri, berbau busuk dan berpakaian serba hitam. Dari hidung dan mulutnya tersembur jilatan api. Seketika itu pula Nabi Ibrahim a.s jatuh pengsan!

Ketika tersedar kembali, berkata beliau kepada malaikat maut, "Wahai Malaikat Maut, SEANDAINYA PARA PENDOSA ITU TAK MENGHADAPI SESUATU YANG LAIN DARI WAJAHMU DISAAT KEMATIANNYA, NESCAYA CUKUPLAH ITU MENJADI HUKUMAN UNTUKNYA."

Di kesempatan lain, kisah yang diriwayatkan oleh 'Ikrimah dari Ibn 'Abbas ini, Nabi Ibrahim a.s meminta Malaikat Maut mengubah wajahnya saat mencabut nyawa orang-orang beriman. Dengan mengajukan syarat yang sama kepada Ibrahim AS sang malaikat kemudian mengubah wajahnya. Dihadapan Nabi yang telah membalikkan badannya kembali, telah berdiri seorang pemuda tampan, gagah, berpakaian indah yang darinya tersebar harum mewangi. "SEANDAINYA ORANG BERIMAN MELIHAT RUPAMU DISAAT KEMATIANNYA, NISCAYA CUKUPLAH ITU SEBAGAI IMBALAN AMAL BAIKNYA," tutur Nabi Ibrahim a.s lagi.

Dari nukilan kisah itu, apakah cakap-cakap misteri tentang penampakkan Malaikat Maut menjelang ajal seseorang itu adalah benar? Dalam pergaulan sehari-hari, kadang sering kita mendengar dari mulut ke mulut, misalnya salah satu anggota keluarga dari orang yang tengah menghadapi maut bercerita bahwa saudaranya itu melihat sesuatu. Apakah itu berupa bayangan hitam, putih, atau hanya gumaman dialog mirip seperti orang yang tengah mengigau.

Namun yang pasti dari beberapa riwayat, selain Nabi Ibrahim AS, Nabi Daud AS dan Nabi Isa AS juga pernah dihadapkan pada fenomena penampakkan Malaikat Maut itu. Kisah pra sakaratul maut itu belum seberapa dibandingkan dengan peristiwa sakaratul mautnya itu sendiri.

"SAKARATUL MAUT ADALAH SEBUAH UNGKAPAN UNTUK MENGGAMBARKAN RASA SAKIT YANG MENYERANG INTI JIWA DAN MENJALAR KE SELURUH BAGIAN TUBUH, SEHINGGA TAK SATU PUN BAGIAN YANG TERBEBAS DARI RASA SAKIT ITU".

Malapetaka paling dahsyat di kehidupan paripurna manusia ini memberi rasa sakit yang berbeda-beda pada setiap orang.

Untuk menggambarkan rasa itu, pernah Rasulullah SAW. bersabda : "Kematian yang paling mudah adalah serupa dengan sebatang duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang terkoyak?"

Di bagian lain Rasulullah seperti yang dikisahkan Al-Hasan pernah menyinggung soal kematian, cekikan dan rasa pedihnya. "Sakitnya sama dengan tiga ratus tusukan pedang."

Diriwayatkan, pernah Nabi Ibrahim AS ketika ruhnya akan dicabut, Allah SWT bertanya kepada Ibrahim : "Bagaimana engkau merasakan kematian wahai kawanku?" Beliau menjawab, "Seperti sebuah pengait yang dimasukkan ke dalam gumpalan bulu basah yang kemudian ditarik."
"Yang seperti itulah, sudah kami ringankan atas dirimu",
firman-Nya.

Tentang sakaratul maut, Nabi SAW bersabda, "Manusia pasti akan merasakan derita dan rasa sakit kematian dan sesungguhnya sendi-sendinya akan mengucapkan selamat tinggal satu sama lain seraya berkata : "Sejahteralah atasmu; sekarang kita saling berpisah hingga datang hari kiamat kelak."

Tentang sakaratul maut itu Rasulullah SAW sendiri menjelang akhir hayatnya berdo'a : "Ya Allah ringankanlah aku dari sakitnya sakaratul maut" berulang hingga tiga kali. Padahal telah ada jaminan dari Allah SWT bahawa beliau akan segera masuk surga.

KEMATIAN MESTINYA TAK PERLU MENJADI SESUATU YANG DITAKUTI, MALAH SEBALIKNYA HARUS SENANTIASA DIRINDUKAN.
Jika sesuatu itu begitu dirindukan, logikanya berarti ingin cepat-cepat pula ditemui.

"Barang siapa membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah akan benci bertemu dengannya," sabda Rasulullah SAW.

Ini bukan berarti, kita dianjurkan untuk selalu mengharap kematian. Bukhari meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah seorang diantaramu mengharap kematian."

Cukuplah sepanjang hayat ini, kita selalu mengingat-ingat maut. Caranya dengan senantiasa tanpa lelah memerangi hawa nafsu, merenung, dan melindungi hati dari silaunya kemegahan duniawi.

UNTUK SEKADAR MENGINGAT MAUT SAHAJA, ALLAH TELAH MENDATANGKAN PAHALA DAN KEBAIKAN. Ikut bertakziah, mendo'akan untuk simati, menengok jenazah, atau ikut menyaksikan penguburan; bukankah setiap perbuatan itu mendatangkan pahala?

Orang yang mengingat maut dua puluh kali dalam sehari semalam, pesan Nabi Muhammad SAW, di hari akhir nanti akan dibangkitkan bersama-sama dengan golongan syuhada.
*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*

Thursday, February 5, 2009

3 Buah Makhamah di Padang Masyar


Subhanallah....menangis rasanya membayangkan dimana ana akan berdiri di Padang masyar kelak? Ketika itu semuanya kebingungan dan menunggu selama 300 tahun(mengikut riwayat). Malah keadaannya begitu sempit, seperti anak panah yg diletakkan dalam bekas yang padat. Astaghfirullah hal adzim.....
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.



Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.Di sini di hitung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan juga di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..!

"Ya Allah, tempatkan aku dibawah arasy Mu..himpunkan daku bersama orang-orang yang Engkau cintai, yang membangkitkn keinginanku untuk lebih beribadat kepada-Mu..agar kelak kami bisa berkumpul-kumpul bersama di Padang Masyar kelak..dibawah arasy Mu yang agung"

Monday, February 2, 2009

Palestin Mu Palestin Ku Jua, Perjuangan Mu Perjuangan Ku Jua!!


PALESTIN MU PALESTIN KU JUA, PERJUANGAN MU PERJUANGAN KU JUA!!!

“Ya Tuhan Kami, berilah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya” – Al Ahzab 33:68.


Allah hu akhbar!! MOga Yahudi laknatullah itu menerima azab yg sepedih2nya didunia dan di akhirat. Allah tidak pernah menyalahi janji-janji-Nya..tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya walaupun sesaat.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa padaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada –Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran”- Al Baqarah 2:186

Cuma tika ni Dia menguji kita, menguji sejauh manakah dan sebesar manakah cinta kita pada-Nya..sebesar manakah pengorbanan yang rela kita lakukan Demi menegakkan agama-Nya…menegakkan maruah Islam. Apakah kita rela berkorban dengan nyawa dan darah..berkorban dengan segala harta yang dimiliki Demi berjihad di jalan Allah!!! Demi menegakkan Ad dien yang satu ini!!!

Disinilah IMAN kita dapat diniai. “Sejauh MANA aku benar2 mampu berkorban untuk agamaku????”

Ada yang mengaku beriman, tetapi masih berkira untuk berkorban..masih berkira-kira untuk menjaga kepentingan masing-masing..masih berkira-kira untuk memperjuangkan kebenaran, masih mampu untuk menutup mata memekakkan telinga dengan segalanya. Masih berpura-pura untuk tidak mengerti apa-apa…masih tega-teganya menyalurkan wangnya kepada Yahudi musuh Islam itu!!

Tadi semasa pulang dari ber kBM di Al Amin Gombak, ana singgah di Kl sentral sebentar. Semasa berdiri menunggu turn di mesin ATM, ana sekadar mampu memandang dgn hati yg sayu org2 islam yg keluar masuk MC D disebelah. Terasa hati sedikit sebal..terasa hati sedikit sakit dan terluka dgn sikap umat Islam sendiri yang kurang sekali rasa prihatinnya kepada saudara sendiri.

Kenapa ISLAM tidak bersatu???? Kenapa tidak diingtkn pada hadis Rasulullah s.a.w “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu lebih dari kamu kasihi diri kamu sendiri”. Kemana perginya nilai kasih sayang mereka terhadap saudara seislam sendiri. Untuk berkorban menahan nafsu dari membeli makanan itu pun tidak mampu, apatah lagi untuk berkorban harta dan nyawa. Dimana nilai agama dan berapakah harga ISLAM ini disisi umat-umat Islam tersebut.

Sedih sekali rasanya…saat melihat saudara2 Palestin yg dibunuh saban hari..terasa seluruh hati ini bagai disiat2..terasa sakit dan pedih sekali. Seperti ditusuk-tusuk sembilu tajam. Tetapi, jauh dari segalanya..ana benar2 iri hati dan cemburu pd para saudara ana di Palestin sana. Setiap hari hidup mereka adalah PERJUANGAN. Mereka terbentang dgn jalan SYAHID. Kerana itu mereka berlumba-lumba untuk mati. Siapa yang tidak mahu mati bergelar SYAHID!!! Siapa yang tidak rindukan syurga yang dijanji untuk para syahid-Nya? Subhanallah….setitis darah mereka harumnya semerbak kasturi.

Hati ana menangis meronta-ronta utk berjihad disana..untuk mati juga bergelar syahid Allah..untuk mengorbankan nyawa dan darah ini Demi mmpertahankn agama yg mulia ini…namun jalan juang ana bukan disana. Ana cemburu sekali dengan mereka…malah terasa kasihan sekali pada umat Islam di malaysia ini. Kenapa harus berbangga dengan negara yang aman damai andai IMAN terkoyak dan makin suram? Kenapa berbangga dengan nikmat dn kesenangan tetapi jauh sekali dari redha Allah?? Apa ertinya!!!!!

Kesenangan itu membuat manusia lalai, menipu manusia hidup2..terasa Allah sayang dan limpahkan rahmatNya..sedangkan hal itu lebih menakutkn. Apakah Allah masih pandang MALAYSIA ini? Takut sekali andai sedang dlm keseronokan n penuh nikmat ini..tiba-tiba Allah dtgkan malapetaka yang paling Herat..hingga hilang sekelip mata segalanya..NAudzubillah..ibarat yg disebut dlm surah Al A’raf… “Dan melapetaka itu dtg menimpa mereka ketika mereka sedang lalai dan bergembira”. Itukah yang dimahukan??

Hati ini lebih sakit melihat remaja-remaja Malaysia yang terlonjak-lonjak melompat memenuhi konsert. Menangis2 menitiskan airmata tatkala kalah dlm pertandingan menyanyi. Apa nilai airmata yng ditumphkn itu??? Sehebat itukah cintanya pada keseronokan dunia yg sementara itu? Hingga mampu menangis teresak-esak hanya kerana terkeluar dlm pertandingan nyanyian. Ya Allah……ana sedih sekali dengan segalanya. Sedih sekali dgn negara bernama Malaysia ini yang mengagung2 kan hiburan.

Anak-anak muda di palestin berjuang mengangkat senjata menegakkan agama ISLAM,,tetapi anak-anak muda di Malaysia menggadaikan IMAN dan MARUAH agama sendiri. Malu rasanya pada sahabat2 ku di Palestin. Malu rasanya pd Allah…terasa tidak mampu mengakat muka untuk mengadap wajah kanak-kanak palestin ..yg tergantung senjata di tengkuknya..yang membara semangat jihadnya…yang bila-bila pun mahu mati untuk agama-Nya..yg bila-bila pun bersedia mengorbankan nyawa dan darah mereka….demi tertegaknya AD DIen ini.!! Subhanallah!!!!!


YA Allah….tempatkan daku juga di kalangan para syuhada’ –Mu..ameen


"Apa yang ada disisimu akan lenyap dan, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"- Al Nahl 16:96"





Tuesday, January 20, 2009

Aku manusia yang takut neraka-Mu,tidak pantas pula disyurga-Mu


“Aku manusia yang takut neraka-Mu…namun aku juga tidak pantas di syurgaMu ya Allah…………”..kalimat itu begitu menggertarkan dadaku.

“Marilah kita hidup..
Seperti org yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa
Hanya sedetik Cuma..
Itu lebih bermakna..”


Malam tadi sebelum mataku terlelap, sempat aku mengira-ngira perjalanan hidupku slama ini. Telah banyak yang kuharungi………ya Allah..telah panjang jalan-jalan yang kulalui..namun aku tidak tahu sampai bilakah lagi aku masih punya waktu disini. Jika diberi peluang, aku benar-benar ingin tahu bilakah tarikhnya aku akan pergi..supaya aku bisa bersedia…….supaya aku dapat benar2 memanfaatkan setiap detik dan kehidupanku didunia ini.ya Allah……aku merintih sebak didalam hati. Kemudian ku pandang wajah ibu yang sedang tidur nyenyak disebelah. Hatiku sebak sekali….airmataku laju mengalir.

Apakah emak yang bakal pergi dulu..? Ataupun aku yang pergi sebelum emak. Semalam emak mengatakn sesuatu padaku..namun aku buat-buat tidak dengar. Kata emak...umur emak setakat 60 tahun je. Saat itu aku tersentak amat. Namun aku pura-pura seperti tidak mendengar apa yang ibu bicarakan tadi. Malam itu, sebelum tidur aku mencongak-congak umur emak..sekarang umur emak 59 tahun..jika yang emak maksudkan tadi......bermakna tahun depan. Hatiku sebak sekali.......sehingga saat ini aku masih belum benar2 berjaya menjadi anak yg terbaik..yg berbakti utk ibu dan ayahku......aku masih belum sempat membahagiakan mereka..banyak sekali hal yang ingin aku lakukan,,byk sekali impian yang ingin aku capai utk emak dan ayah.........namun sempatkah aku???

Sama ada mereka yang meninggalkanku dahulu..ataupun aku dahulu yang pergi meninggalkan mereka. Mati itu bukan untuk org tua sahaja...bukan utk mereka yang bergelar emak dan ayah sahaja....telah ramai sahabat2 ku pergi meninggalkan keluarga yang mereka sayangi. Malah kawan baikku sendiri telahpun kembali ke sisi Nya yang Maha Penyayang. Jadi tidak mustahil juga jika aku turut mengikutnya sedikit waktu lagi.

Ya Allah.........beri aku kesempatan sedikit lagi untuk aku membahagiakan ibu dan ayahku, untuk aku menambah sebanyak2 amal padaMu..untuk aku menjadi khalifahMu yg sebenar2nya...beri daku waktu lagi ya Allah. Amalku tidak banyak..sebaliknya dosa ku bertimbun-timbun..seperti pepasir dilautan. Aku takut sekali kembali padaMu tanpa bekal yang cukup...............

Saat itu airmata ini begitu laju mengalir. Aku menangis teresak2.......kesempatan yg ada ini Ya Alllah...izinkan daku...beri daku ruang yg cukup banyak untuk lebih dekat dengan-Mu. Beri aku waktu dan masa yang lebih untuk bersama-Mu...Terkadang aku terlalu sibuk memikirkn urusan2 duniaku yg tidak pernah habis........Ya Allah....Kau letaklah dunia itu di tanganku..bukan di hatiku,agar aku bisa melepaskannya bila-bila pun saatnya. Tuhan.....terangi jalan hidupku dengan cahaya kasihMu. Pimpin daku dgn Hidayah-Mu. Usah kau biar diriku hanyut terleka dibuai fatamorgana duniawi. Hidup matiku hanya untukMu ya Allah!!!!Hanya padaMu kuserahkan segala pengharapan, jiwa dan ragaku.

Ya Allah,
Malam ini kembali kuadukan diriku kepadaMu
Sebab Engkaulh sebaik2 tempat mngadu
Bukan kerana aku tidak reda dgn qada’ dan qadar-Mu
Yg telah menampakkn kesusahan & derita dlm hidupku

Bukan pula kerana aku tidak kuasa mnerima keadilanMu
Sebab trkadang keadilan dan derita itu berada dlm diri yg satu

Aku hanya takut bahawa keadaan ini akan menjauhkan diriku kpd-Mu
Akan menyebabkan hilangnya cintaku utk selalu mncintaiMu,kerana ramai hamba2-Mu yg selalu diulit derita telah menjauhkn diri mrk dari-Mu

Ya Illahi, pandanglh daku dgn cintaMu dan kumpulkanlh daku brsama org2 yg mncintaiMu, kuatkanlh hati daku utk selalu ingat kpdMu dan jadikanlah kesusahan yg kualami ini sebagai cara untuk mendekati-Mu

Ya Rabbi, tunjukkanlh jalan bagi org2 yg menapak kaki mereka melangkah menuju ke ribaanMu, kuatkanlah jiwa mereka, ampunilah dosa dan kesalahan mrk, tinggikan darjat mereka dan muliakanlh mrk dgn agamaMu..amiin

Monday, January 5, 2009

Ayat-ayat Cinta


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? "
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU TAK DAPAT TAHAN!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Saturday, January 3, 2009

LELAKI ACUAN AL QURAN

bismillahirrahmanirrahim...

LELAKI ACUAN AL QURAN
Lelaki acuan Al Quran ialah seorang lelaki yg beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kpd Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ILMU
Yang sentiasa dahaga maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan hawa nafsu

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
Mempunyai musuh bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup dengan KESERDEHANAAN
Kerana DUNIA baginya RUMAH SEMENTARA menunggu AKHIRAT

Lelaki acuan Al Quran sentiasa bersedia utk AGAMANYA
Yang hidup dibawah naungan AL Quran danMencontohi sifat Rasulullah s.a.w dn Khalifah Ar-Rasyidin
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dgn rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan Al Quran tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat ayat Al QUran dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan Al Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya didunia adalah LADANG AKHIRAt
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
Meneruskn perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dgn buaian dunia
Yang kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya..DIALAH LELAKI ACUAN AL QURAN ...........

Sajak ini membuat ana terasa begitu syahdu. SUbhanallah, indahnya alam ini andai semua lelaki dn pemuda2 nya soleh dan beriman kpd Allah. Zaman kini, sukar sekali menemui lelaki yg benar2 soleh..yg benar2 menjaga maruah dirinya, yg benar2 memegang prinsip2 islam sebenar..Susah sekali(afwan jika para ikhwh yg membaca terasa hati..ini sekadar pendpt dari diri ana sendiri yg jg penuh dgn kelemahan).
Dari apa yg ana perhatikan, lelaki zaman skrg lebih byk yg merosakkan dirinya sendiri, sedangkan mrk itu dilahirkan sbg pemimpin. Banyak lelaki-lelaki yg membuatkan ana berasa jelek sekali dgn sikapnya. Jujur ana kurang menghormati lelaki yg sama sekali tidak tahu menjaga maruah dirinya sbg seorg lelaki, hingga ia terasa begitu kecil dan menjelekkan di pandangan mata ana.
Pernah ana dikejar-dikejar seorg lelaki yg inginkn nombot telefon ana di sebuah shopping complex. katanya ikhlas ingin berkawan dgn ana...selagi tidak diberi nombr phone, selagi itu dia terus mengejar. Jelek sungguh rasanya....mahu saja rsanya beri satu pelempang..huhu..(hanya mampu membayangkn sahaja). Jika ana ingin memilih suami, pastilah bukan dari calon yg sebegitu. yg sama sekali merendahkn maruah dirinya, yg sama sekali menghilngkn rasa hormat ana pada dirinya. "lelaki2 soleh itu adalah lelaki yg menjaga maruah dirinya dan menundukkan pandangannya..". jgnkn ingin menundukkn pandangan, malah lebih dari itu tindakannya...Lelaki sprt itu sama sekali tidak pantas utk dilabelkan sbg "Lelaki acuan Al Quran".
Ini sekadar sedikit luahan dn kekecewaan ana pd lelaki zaman kini. susah sungguh mencari lelaki terbaik zaman ini...byk kisah2 yg ana dengar..kisah2 yg membuat ana terasa begitu takut utk mempercayai seorg insan bernama lelaki...akhwat2 disekeliling ana yg punya seribu satu kisah pedih dn menyakitkan....semuanya kerana insan yg bernama lelaki..lelaki yg bukan diadun dn dibentuk melalui Al Quran.
"Ya Allah..jika Kau kirimkan padaku seorg teman diduniaMu ini.kirimkan seorg lelaki soleh yg diadun dengn ciri2 Al Quran Mu.meskipun dia punya kelemahan, tetapi dia berusaha memperbaiki dirinya agar menjadi yg terbaik di pandanganMu. Kerana ku tahu tiada seorgpun hambaMu yg bersifat sempurna melainkan RasulMu.
Cinta dan akhlaknya bukanlah pura-pura...tetapi penuh ikhlas demi cinta-Mu, bukan demi cintanya padaku. Dia berusaha menjadi hamba yg terbaik untukMu, bukan semata-semata menjadi terbaik di mata hambaMu yg lain.
Kirimkn padaku ya Allah, seorg teman yg bakal mampu mendidikku, memimpinku menyelusuri jln dakwah ini selamanya.......hingga aku rela menjadi jambatan untuknya menyeberangi jln dakwah ini. Tuhan..walau dimanapun dia berada....sebelum kami bertemu...tolong Kau jaga dan pelihara Dia, agar tidak dia terjerumus dlm lubang dosa dan maksiat...agar selalu dia menjadi LELAKI ACUAN Al QURAN..memelihara maruah dirinya..agamaNya..amiin.
"Aku mencintaiMu kerana agama yang ada padamu..Jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah cintaku padamu.."-Imam Nawawi

Monday, December 29, 2008

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA



SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,
KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU"

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI

Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak.

Baru-baru ini semasa ber KBM di Rawang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang beryukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim.....

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang Deman Denggi 3 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”.

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….!

Baru-baru ini semasa KBM di Rawang ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu gulai lemak. Ana mmg tidak gemar masak gulai lemak. Lalu petang itu ana tidak makan apa2. fikir ana mungkin tiada apa2 yg terjadi. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada Mak Ndak yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 2pagi Pak Ndak dn Mak Ndak membawa ana ke klinik 24 jam. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata Pak Ndak jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Pak Ndak dan Mak Ndak yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira.

Semasa dlm perjalanan ke klinik, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah Umairah. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di Hulu Langat minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti Kak Umairah. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama Umairah. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah Umairah merupakan kakak usrah kpd Fatimah. Subhanallah…………

Lalu semasa dlm perjlanan, ana bersembang bersama Mak Ndak ttg kwn baik ana yg meninggal krn kanser perut. Cerita punya cerita, rupanya Mak Ndak kenal juga dgn arwah Umairah. dia anak kpd akhwat JIM juga. Subhanallah..ramai org yg mengenalimu sahabat. Ana benar-benar rindukan dia……sehingga pernah beberapa kali ana bertemunya dlm mimpi. Dia tersenyum indah memandang ana……..ternyata umairah berbahagia disana. Ya Allah..lindungi sahabatku disana………ketemukan kami disyurgaMu ya Allah…ajari daku berakhlak mulia dan solehah seperti sahabatku itu. Dia antara sahabat terbaik yg pernah kukenali..yg sehingga kini ku kagumi kebaikannya. Kesolehannya…

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin.........

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Monday, December 22, 2008

KBM BAKIT, Agrotek resort, Hulu Langat


Bismillahirrahmanirrahim…
21 Dec 2008 (10:27pm)

Penerbangan KRJ 201208. KBM BAKIT(Agrotrek Resort, Hulu Langat)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kumulakan coretan di blog ku ini. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah. Perjalanan yg agak jauh setelah ber KBM di Resort Agrotek Hulu Langat bersama anak-anak BAKIT(Badan Kebajikan Dakwah Telekom).

Tadi bila pulang kerumah, ada satu perasaan yg sukar ditafsirkan. Terasa rindu sangat2 pada suasana KBM di resort tersebut, rindu pada segalanya, pada deruan sungainya dgn air yg jernih..rindu pd tempat makannya yg sangat menarik, rinduu pada team2 kbm especially kak yong, sakinah, Fatimah dan najihah. Terasa semuanya indah..dan ada satu tempat yg paling ana rindui dan sukai..sebuah titi kecil yg sangat indah, yg dibina atas air terjun. Pada saat pertama kali ana sampai ke resort tersebut..seperti berada di syurga dunia. Saat ana melintas titi tersebut, sambil melihat ke air terjun dibawahnya, hati berdesir mengagumi keindahan tersebut. Serentak itu juga ana terus teringat pada ayat-ayat Allah yang banyak disebut dlm Al Quran”Syurga-syurga itu mengalir sungai dibawahnya..”..Subhanallah……..jika didunia ini aja indahnya tidak terkata..manusia sahaja bisa mencipta keadaan seindah itu..apatah lagi SYURGA yang dibina oleh ALLAH s.w.t..Subhanallah………….pastilah berjuta-juta kali lebih indah, tidak tergambar dek fikiran manusia. Sekali lagi hatiku berdesir mengakui kehebatan dan kebesaran yg Allah Yang Maha Agung.

Disini ana ingin catatkan perjalanan indah yg ana lalui untuk kbm di hulu Langat ini. Kerana byk sekali perkara menarik dan luarbiasa yg berlaku..hehe. moga ana tidak lupakan pengalaman terindah ini...lalu ana coretkan ia dlm blog, insyaAllh bila baca lain kali pasti tersenyum indah.

Pd 19 dec 2008, ana berjanji ngan kak yong bertemu kat Masjid Muaz Bin Jabal kat Setiawangsa. Akhirnya pada pukul 11 mlm kami mula bertolak dari masjid tersebut menuju ke destinasi kbm kami(Resort Agrotek, hulu Langat). Sakinah memandu kereta wira nya dengan laju mengikut kereta pak long yg mendahului kami didepan. Perjalanan makin jauh, malam makin gelap. Sedar tak sedar kami memasuki jalanraya yg bengkang bengkok mcm jalan nk ke genting highland. Jalan tu punya lah gelap gelita, tiada satu lampu pun di jalanraya tersebut. Sunyi dan sepi, gelap dan gelita. Hanya semata-mata berpandukan lampu kereta yg kami naiki.

Sedang dalam perjalanan yg menyeramkan itu, tiba-tiba kelibat van pak long hilang dimata. Apalagi, terkulat-kulat kami bertiga dlm kereta ni. Ditengah-tengah pekat malam, ditengah2 jalan raya yg lengang tiada sebiji kereta pun..disebelah kiri curam yg tinggi, disebelah kanan pula hutan khatulistiwa yg menebal........huhu, mmg mcm dalam filem cerita hantu yg selalu kat tv tu. Mmg segelap2nya................!!Sambil berceloteh bagi menghilangkan rasa takut, sakinah terus memandu memecah gelap malam. Alhamdulillah, akhirnya dlm ketakutan dan tawakkal padaNya, kami berjaya melalui perjalanan mencabar tersebut.........dasyat sungguh!!! Tahniah kepada Sakinah kerana memandu dgn sgt hebat..hehehe...even jalannya mmg merbahaya. Syukur pd-Nya krn melindungi dan menjaga kami dari sebarang bahaya.

Bila dah sampai satu simpang, baru nampak kelibat kereta Pak Long..huhu....kesian kami kena tinggal belakang tadi.he..

Akhirnya.............setelah beberapa puluh minit berlalu, kami berjaya juga sampai ke destinasi tersebut. Saat kereta kami menuruni sebuah bukit curam untuk ke tenpat parking resort tersebut, terasa tempat ini bukan sebarangan destinasi. Ternyata telahku benar.. Saat keluar dari kereta, mata kami terpukau dek keindahan landskap dan seluruh kawasan resort tersebut...Wow!!! itu perkataam pertama yg keluar. Terpaku kami semua seketika mengamati suasana resort tersebut.Mmg sgt cantik tempat ni...........ditambah pula dengn lampu2 oren yg dipasang sekeliing tmpt makan dn sungai. kemudian kami meniti laluan sepanjang sungai yg begitu jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan dalam air tu main kejar-kejar..sungai tersebut dibina landskap yg sgt indah dan terletak tengah2 diantara chalet dan cafe. Terus kami melintas satu titi kecil yg dibawahnya terdapat air terjun...”ya Allah, cantiknya”. Ana benar-benar sukakan titi dn air terjun itu. Rasa nak duduk lama2 disitu..mmg tenang dan rasa bahagia.

Sampai ke billik kami yg terletak di banglo sebelah padang, kami terus bergerak untuk ke dewan, membuat persediaan untuk ber KBM esok pagi. Satu ujian lagi menunggu...dewan tersebut terletak nun di puncak..sebiji mcm lagu Gemuruh tu.,..”DARI PUNCAK INGIN KE ANGKASA..”, hehehe..mmg kami ke puncak, Cuma xsampai lagi ke angkasa. Dewan tu punya lah tnggi nun diatas Gunung Santubong..(hehe..memain je)..bukan gunung..tapi bukit. Kami menapak naik bukit yg curamnya tak tahu la berapa darjah(xsempat tanya pula)..:-) bila sampai kat dewan tu, semuanya semput. Tercungap2 dibuatnya. Kesian tgk pak Long n Pak Ngah...

Pendek kata, semuanya yg berlaku di resort tersebut sgtlah indah dan menjadi kenangan manis buat ana. insyaAllah, jika diizinNya.....ingin pergi lagi tempat tersebut. Lebih indah jika pergi bersama org2 yg disayangi..emak ayah...ataupun ngn team Kbm..mmg best!! Bole juga buat “rehlah”...hari keluarga KBM KL..hehehe.insyaAllah.

Oklah..nak tidur dulu, nnti ana sambung lagi siri kedua KBM BAKIT ni beserta gambar2 indah yg ditangkap disitu. Belum lagi cerita part yg adventure n cemas....kereta Pak Long n Akhi Ridwan yg tersangkut di bukit curam utk ke dewan tersebut...huhu..mmg dasyat..alhamdulillah tak terjadi perkara yg tak diingini. Keadaan akhirnya terkawal.

Sekian dahulu coretan KBm hulu langat BAKIT yg ana dapat kongsikan. Tak lupa juga buat semua adik2 peserta KBM Bakit..semuanya sngt2 baik n sporting. Sayang kalian semua..moga kalian menjadi anak2 yg soleh n solehah...yg berbakti kpd orgtuanya....yg kenal dan tahu peranannnya sbg hamba Allah......amiin. moga kita semua menjadi hamba-Nya yg bertaqwa..yg taat n patuh padanya..yg selalu berada di jalan lurus-Nya...hingga akhir hayat kita..hingga kita kembali pada-Nya suatu hari nanti.BILA????..ana juga tidak tahu bilakah “turn” ana. Wallah hu a’lam. Moga kembali padaNya dlm keadaan yg bersedia dn bersih. AMIIIN.